Khamis, Disember 30, 2010

Fenomena tsufahmi melanda negara

Inilah yang terjadi pada ranking carian google hari semalam dan hari ni,nama khairul fahmi telah menjadi sebutan anak-anak dara yang terkena demam bolasepak. Malah blog aweknya pun terkena tempias sama.

Siapa Khairul Fahmi ni? Ala,goalkeeper Malaysia yang main masa final Piala Suzuki AFF 2010 tu. Memang tak boleh dinafikan la dia punya usaha menyelamatkan gol Malaysia daripada serangan pemain Indonesia yang bertalu-talu. Penalti pun dia selamatkan. Budak pompuan tengok terus jatuh cinta, "Oh,abang Fahmi".LOL.

Bagaikan hero negara, Nora Danish pun boleh cair beb.Hohoho.Terbukti kat twitter Nora Danish.(Korang cari la ek).No komen pasal hensem tak hensem ke Khairul Fahmi.Ada aku kisah?

Isnin, Disember 27, 2010

Ebook Manager macam dalam iPad menggunakan Koolbits


Kalau nak rasa perisian yang cool lagi menarik tertarik kau memang daboom, cubalah Koolbits ni. Memang cool!!Menggunakan perisian Adobe Air sebagai platform, ia merupakan perisian generasi baru yang tidak lagi menggunakan interface windows lama seperti grid table untuk menunjukkan sesuatu senarai (list) sebaliknya menggunakan grafik menyerupai rak buku.   

Bila kita Add to library, ebook kita akan disusun menghadap ke depan  macam pameran buku di depan kedai buku tu. Jadi, mudahlah kita mencapainya berdasarkan tajuk depan. Kalau ebook tu takde muka depan, boleh klik icon List Table supaya lebih jelas tajuk buku tu.

Isnin, Disember 20, 2010

Tips nak cipta ‘strong password’


Dalam dunia teknologi maklumat, password adalah salah satu cara nak elakkan orang daripada menceroboh maklumat penting. Biasanya setiap laman web ada kriteria tersendiri untuk password seperti mesti 8 karakter dan lebih,kombinasi dengan nombor dan sebagainya. Ini semua bertujuan untuk keselamatan data kita.

Paling utama laman web yang kita kena buat strong password ialah laman web perbankan macam maybank2u,cimbclick,paypal ataupun laman web beli-belah macam Amazon atau ebay. Kalau orang boleh login ke semua laman web menggunakan id  kita, alamat lesap semua duit.

Tips yang boleh saya kongsikan di sini ialah:

1.      Katakanlah perkataan password yang kita pilih ialah facebook. Mula-mula terbalikkan perkataan tu. Jadi sekarang password kita jadi koobecaf.

2.      Kemudian tukarkan kepada nombor kepada huruf yang sesuai seperti O-> 0, e->3. Kini, perkataan password jadi k00b3caf.

3.      Kalau sistem tu membenarkan karakter unik macam @#$^&, jadi perkataan k00b3caf boleh tukar jadi k00b3c@f dengan menggantikan a=@.

4.      Kalau sistem tu hanya benarkan huruf dengan nombor saja, tukarkan mana-mana huruf jadi huruf besar. Dalam hal ni saya pilih huruf a jadi huruf besar. k00b3cAf.

5.      Katakan nak lagi ubah kepada lagi susah punya password, masukkan apa-apa nombor yang kita ingat dan faham dalam perkataan password tu. Contohnya saya masukkan ketinggian saya pada hujung perkataan password. Inilah hasilnya k00b3cAf175    

Mesti susah nak ingat password tu kan.Lagipun itu contoh.Takpe, yang penting kita faham password kita, tak perlu ingat pun. Oklah. Kita dah buat password tadi. Lepas ni kita nak uji sejauh mana kekuatan password kita tadi. Pergi ke http://howsecureismypassword.net/.

Masukkan password yang kita dah cipta tadi. Hasilnya  ‘It would take about 164 thousand years for desktop PC to crack your password’! 164 ribu tahun nak godam password tu! Terlebih power lak.

Ahad, Disember 19, 2010

Membaca komik dengan ComicRack


Masa saya belajar di kolej dulu, antara hobi saya di masa lapang ialah menonton anime dengan baca manga di komputer.Saya suka baca manga yang kelakar je, tapi hanya satu manga serius yang menarik perhatian saya iaitu Death Note. Tapi bila jalan cerita dia makin komplikated, saya pun stop.

Bermacam-macam cara nak baca komik, biasanya datang dalam bentuk imej. Dulu saya baca komik kat komputer guna satu photo manager yang feymes jugak iaitu ACDSee tapi kini macam-macam dah ada terutama yang free version. Saya perkenalkan ComicRack.



Sabtu, Disember 18, 2010

Cara nak skip waiting time untuk free download Rapidshare

Kalau anda jenis rajin men'download' atau dalam istilah kamus dewan muat turun, terutama yang menggunakan file sharing macam rapidshare atau hotfile, tentu anda perasan banyak page yang kita kena klik. Biasanya page terakhir sekali tu akan ada waiting time dalam 30 saat ke, 60 saat ke.


Khamis, Disember 16, 2010

3 website online votes dan tutorial


Tengahari tadi selepas lunch bebudak ofis cadang nak buat farewell party untuk ada sorang staff tu. Dari semalam lagi bincang masih tak dapat kata putus. Tiba-tiba ada cadangan makan kat Kenny Rogers.
Tapi ada yang membantah cakap nak pergi Nandos. 

Akhirnya buat undi. Undi dibuat pada Excel dan share kat dalam satu folder . Pendekkan cerita, berlaku undi hantu. Sebab semua orang boleh modified Excel tu.

Ini ada satu cadangan. Kalau nak buat undi lepas ni apa kata guna online vote. Saya ada jumpa beberapa website yang boleh diakses dari ofis untuk kita buat undi secara tulus mulus.

Website twigs ni perlu kita daftar dulu sebelum nak buat poll kita sendiri.

Snappoll paling mudah nak buat satu undian. Tak perlu register,hanya masukkan butiran kemudian siap.

Misterpoll
Website ni jugak perlu daftar dulu sebelum boleh membuat poll.

Kali ni saya nak tunjukkan cara nak buat satu poll. Dalam post ni,saya guna Snappoll memandangkan ia cepat,mudah dan tak perlu mendaftar.

Jumaat, Disember 10, 2010

Tips membeli belah di PC Fair


Minggu ni akan berlangsung digital expo atau aku gelarkan PC Fair III di Kuala Lumpur Convention Centre bersebelahan KLCC dan Mandarin Oriental. Jadi, di sini ada tips sedikit yang nak dikongsi bersama berdasarkan pengalaman saya pergi expo sebegini.

Bawa beg galas/sandang
Tujuannya untuk menyimpan pamplet dan brochure yang dikutip sepanjang anda berjalan di expo. Atau boleh simpan barang kecil yang kita beli macam pendrive,mouse,earphone dan lain-lain.

Kalau nak beli barang,bawa seorang kawan
Kalau boleh bawa kawan tahu selok belok komputer atau barang nak  dibeli. Kalau beli barang komputer yang banyak, boleh kawan yang ikut kita tu tolong pegang sikit barang. Nanti belanjalah dia makan.

Jangan bawa baby /kanak-kanak
Bukan tak bagi, tapi sebab PC Fair ni tempat tumpuan orang ramai, memang sesak. Selepas tu, kalau nak keluar dari expo tu bukannya mudah, jalan keluar agak jauh. Kecuali anda datang pagi mungkin kurang sikit orang. Tapi kalau dah tengahari memang pack. Kalau anak anda meragam nak balik susah dah.

Beli air minuman atau makanan siap-siap
Kalau nak beli air setakat air tin ke air kotak ke,on the way pergi ke PC Fair tu singgahlah di stesen minyak ke 7 eleven ke. Makanan dan minuman kat PC Fair ni tak murah.

Beli tiket LRT pergi dan balik
Ini bagi sesiapa yang pergi ke PC Fair naik LRT ke KLCC la. Bila beli tiket, belilah tiket pergi balik terus. Sebab bila anda nak pulang, orang beratur beli tiket punyalah panjang. Bagi pemegang kad touch n go lagi baik kalau anda dapat menggunakannya.         

Khamis, Disember 09, 2010

Tips mengurus icon dan fail di desktop

Hai,adakah anda suka meletakkan segala macam fail dan shortcut di desktop sampai nak penuh skrin tuh? Memang pening kalau nak cari satu-satu fail kat desktop tambahan lagi ada background image yang menenggelamkan icon-icon di desktop.

Kini, saya terjumpa satu cara untuk menguruskan icon dan fail di desktop. Apa yang kita perlu lakukan ialah muat turun perisian ni di sini.Nama perisian tersebut adalah Fences atau dalam bahasa Melayu -Pagar.

Rabu, Disember 08, 2010

MySugarClass-Cake Baking and Decoration Class

Kepada sesiapa berminat nak belajar kek yang pelbagai style dan hiasan, saya cadangkan anda pergi ke website ni http://www.mysugarclass.com/. Pn. Lynn ni pada awalnya seorang suri rumah telah bertukar kerjaya seorang pembuat kek dan juga kek trainer. Kehebatan beliau membuat kek menyebabkan ramai orang ingin belajar dengannya dan kini beliau juga mengajar orang buat kek.

Jika anda nak tempah kek untuk orang kahwin ke,hari jadi ke atau nak belajar buat kek dengan hiasannya sekali, anda boleh layari websitenya tersebut untuk berhubung dengan beliau. Jadual kelas buat kek boleh didapati di http://www.myhadiah.com/ . Di situ anda boleh dalam info yang jelas berkenaan jadual kelas. Beliau juga telah menerbitkan buku berkaitan dengan kek berharga RM28.00.  

Selasa, Disember 07, 2010

Galaxy Tab catat 1 juta jualan di US

Samsung telah berjaya menjual produk ala-ala iPad iaitu Galaxy Tab sebanyak 1 juta hanya dalam masa dua bulan lebih sahaja. Ini menunjukkan produk ni telah diterima oleh ramai pengguna yang mahu kelainan daripada produk keluaran Apple. Walaupun begitu, masih belum memecahkan rekod jualan iPad yang hanya memakan masa sebulan sahaja untuk capai jualan 1 juta. Galaxy Tab yang mempunyai skrin 7 inci dan menggunakan Android sebagai operating system. Jualan di US menjadi penanda aras kepada populariti sesuatu produk dan biasanya jika sesuatu gadget tu popular di US, ia akan mempengaruhi jualan di seluruh dunia. Terasa teruja lak nak beli Galaxy Tab.
Sumber:ComputerWorld

Isnin, Disember 06, 2010

Facebook perkenalkan profil terbaru

Facebook telah melancarkan rekabentuk Profile yang terkini. Perubahan yang dibuat melibatkan profil info,gambar yang di'tag', friends dan tidak ada lagi tab.
Kawan-kawan dan famili juga diletakkan pada sudut yang lain.
Jika nak tukar kepada new profile, boleh klik di sini. Untuk keterangan lanjut, tonton video ni.

Ahad, Disember 05, 2010

Website pilihan minggu ini- www.postme.com.my


Baru-baru ni Pos Malaysia telah melancarkan portal ecommerce diorang iaitu www.postme.com.my. Website ini menjual produk-produk pengguna seperti baju, handbag, jam tangan, hadiah dan macam-macam la. Portal ni macam Amazon la walaupun berbeza dari segi sejarah, Amazon bermula dengan menjual buku.


Namun, ia baru dilancarkan dan tak boleh nak harap segala-galanya ada di sini. Bagi membangunkan satu website ecommerce bukanlah mudah kerana ia memerlukan keselamatan data yang tinggi. Jadi, Pos Malaysia berkaloborasi dengan DigiCert untuk mencapai keselamatan data yang maksimum.

Dari segi penghantaran produk ke pembeli sudah jadi tiada masalah sebab namanya pun Pos Malaysia, memang pakar dalam pos mengepos ni. Bagi sesiapa yang berminat menjual produk di Postme ni, terdapat tiga rate harga yang diberikan.

Basic:RM60
Gold:RM250
Platinum:RM500
Spesifikasi selanjutnya boleh rujuk di sini. Apapun, tahniah kepada Pos dengan produk terbaru mereka.

Sabtu, Disember 04, 2010

3 website komik editor yang menarik minggu ini

Masa saya sekolah rendah dan menengah dulu, saya suka melukis komik/kartun.Antara jenis komik saya lukis seperti bola sepak dan kungfu. Komik Kungfu dilukis masa tu sebab terpengaruh dengan komik HongKong yang begitu feymes seperti Dewata Raya, Alam Perwira dan lain-lain. Komik bola sepak dihasilkan berdasarkan minat saya terhadap sukan tu.

Jumaat, Disember 03, 2010

Comic: Ipad vs Galaxy Tab


Review tentang Galaxy Tab

Masa Apple mula-mula keluar iPhone, berlumba-lumba produk elektronik terutama handphone keluar handphone jenis touch screen. Bukan takde handphone yang touch screen, tapi tak cukup cool macam iPhone. Kebanyakannya menggunakan pen sesentuh untuk sentuh skrin. Contohnya PDA Smartphone.Tapi dengan iPhone, sentuh dengan jari pun boleh.Situasi sama berlaku pada iPad. Selepas iPad keluar di pasaran, secara tak langsung e-Reader lain turut diberi perhatian.

Rabu, Disember 01, 2010

Workshop: Menggunakan calculator Windows 7

Aplikasi Calculator dalam Windows 7 bukan sebarang kalkulator. Jika calculator Windows XP hanya mempunyai Standard dan Scientific, tapi kini mempunyai fungsi seperti Statistics dan Programmer. Ada beberapa jenis pengiraan yang boleh dilakukan oleh Calculator ni. Iaitu
  • ·         Standard
  • ·         Scientific
  • ·         Programmer
  • ·         Statistics


Selasa, November 30, 2010

Kini iPad dijual di pasaran Malaysia

Akhirnya iPad berada di pasaran Malaysia!Lama peminat-peminat Apple Malaysia menunggu. Ada yang sanggup pergi beli kat oversea. Terdapat dua jenis iPad iaitu iPad +Wifi dan iPad+Wifi+3G. Bagi harga iPad+WiFi:
  • RM1,549 (16GB)
  • RM1,849 (32GB)
  • RM2,149 (64GB)
Bagi iPad+WiFi+3G
  • RM1,999 (16GB)
  • RM2,299 (32GB)
  • RM2,599 (64GB)
Menurut the Star, dikatakan iPad yang jual di Malaysia ni  paling murah di dunia. Maxis pulak mengumumkan pelan data untuk iPad yang mempunyai WiFi+3G. Memang dijangka hot. Tapi tak lama lagi, iPad 2 akan keluar di Quater 1 2011. Apa ni! Kita baru dapat beli iPad 1 dah nak kuar iPad 2 lak.

iPad 2 ada USB?

Ada ura-ura yang mengatakan iPad 2 yang bakal keluar pada Q1 2011 mempunyai USB port untuk peranti external. Ura-ura ni datang daripada berita Economic Daily News yang menceritakan iPad 2 yang bakal mempunyai ukuran 7 inci sahaja dan mempunyai kamera depan dan belakang. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Ahad, November 28, 2010

Youtube vs Vimeo



Youtube, satu portal yang menyimpan koleksi video yang tidak asing lagi bagi kita. Malah ada yang ketagih dengan youtube ni. Vimeo, sama seperti Youtube dan banyak koleksi video tapi tak sama dari segi ciri-ciri yang menarik perhatian penonton web. Mari kita mulakan perbandingan dengan design.




Sabtu, November 27, 2010

Part 2: Cara nak speed up Windows 7

Sambungan dari post yang lalu, aku dah cerita 6 tips nak speed up Windows 7.
Ini adalah sambungannya.

7.Uninstall program. Program yang aku maksudkan kat sini ialah program yang ntah apa-apa ntah yang ter'install' dalam komputer anda. Biasalah, kadang-kadang anda nak rip audio sekali sekala,atau anda nak cuba satu perisian tu selepas tu tak guna pun. Jadi,uninstall la program yang tidak digunakan lagi tu. 

8.Scan virus. Mungkin juga komputer anda slow sebab ada virus. Jadi, pastikan komputer anda install dengan antivirus. Di sini aku takde la nak cadangkan antivirus apa yang harus dipakai. Walaupun ada pendapat kata,diorang tak suka install antivirus sebab komputer jadi slow, tapi kena pakai antivirus der. Zaman sekarang ni virus bukan main banyak lagi.

9. Tukar power setting. Ini tidak sesuai jika anda seorang pengguna laptop. Cepat habis bateri. Ok, anda boleh pergi ke Control Panel->Performance Information and Tools.Pilih Adjust Power Setting. Anda klik Show Additional Plan dan check radio button High Performance.

10. Remove files kat Desktop. Aku fikir ramai gak orang yang hobinya suka Save File kat Desktop. Kadang-kadang sampai penuh skrin 22 inci tu. Jadi, maksud aku remove kat sini bukannya remove betul-betul, tapi pindah fail tu kat tempat macam My Documents ke. Kasi clear desktop tu. Kalau rasa nak buang segala shortcut icon kat Desktop tu pun boleh.

11.Remove gadget. Pada Windows 7 ada features yang dinamakan gadget. Gadget ni ada macam-macam, jam analog atau kalendar atau cpu meter dan lain-lain. Aku rasa tak semua orang suka guna gadget ni. Jadi, anda boleh pergi ke Search, taip perkataan gadget kemudian pilih View list of running gadget. 


12. Beli komputer baru! Tips terakhir ni tips paling berguna. Sebab kalau semua tips telah dilakukan, tapi komputer tak perform gak,kena beli komputer baru la beb. Apa gunanya anda install Windows 7 tapi tak guna semua features nya yang menarik. Baik guna Windows XP ke Windows 2000 ke. Ye tak?

Jumaat, November 26, 2010

Part 1: Cara nak speed up Windows 7


1.Hadkan startup program. Ini boleh dilakukan dengan menaip MSCONFIG di  ruangan search. Kemudian,klik program tersebut. Uncheck program yang boleh dianggap tak penting ketika startup macam update adobe ke,java update ke,yahoo messenger ke. Yang penting bukan antivirus mahupun program utility yang  bersangkut dengan OS. 

2.  Defragment hardisk. Dulu masa aku zaman mula-mula ada PC rajinlah aku buat. Tapi sekarang haram pun. Bila kita selalu menggunakan PC atau Laptop, tentunya ada kita delete-delete fail. Fail-fail ni mewujudkan ruang yang tidak sekata dalam hardisk. Jadi, bila kita defrag, ia akan menyusun fail-fail yang masih wujud tu dalam keadaan teratur dan rapat.

3. Stop Services. Services ni kita boleh cari kat ruangan Search seperti rajah di Tips 1 tadi ataupun di Control Panels->Administrative Tools. Cari Startup Type =Automatic, kemudian anda tentukan program mana yang services nya anda tak pakai dan tak penting. Pilih Manual atau Disabled.

4. Cari imej background desktop yang saiz kecil. Ini kerana kalau saiz imej background desktop bersaiz >2MB akan menyebabkan kelembaban computer anda. Memang kita suka kalau ada background fancy-fancy tapi load pun lambat tak guna gak.

5. Clean hardisk. Ini anda boleh guna software CCleaner atau build in Disk Cleanup. Tapi aku cadangkan CCleaner sebab ia free je. Ada aku cerita software ni pada post yang lepas.Masa anda run program CCleaner ni, anda akan dapati banyak ruang telah dibazirkan di Temporary Folder tanpa pengetahuan kita. 

6. Adjust visual effects. Ini boleh kita cari di ruang Search atau di Control Panel->Performance Information and Tools.  Pilih Adjust Visual Effects. Kemudian pilih Adjust for Best Performance.

Rabu, November 24, 2010

Digital Lifestyle Expo 2010-KLCC

Aku fikir hujung tahun ni takde PC Fair III 2010 lagi dah. Sebab Pikom akan adakan satu event baru yang dinamakan Digital Lifestyle Expo 2010 bertempat Kuala Lumpur Convensyen Centre sebelah KLCC. Ini kerana tarikhnya adalah 10-12 Disember 2010 ni yang mana kebiasaannya tarikh ni PC Fair III berlangsung di KL. Acaranya sama besar dengan PC Fair cuma lokasinya hanya bertempat di Kuala Lumpur, tidak di negeri-negeri lain. Layari www.pikom.org.my untuk maklumat lebih lanjut.

Selasa, November 23, 2010

Check update untuk website kegemaran

Aku terjumpa satu software untuk check update untuk website kegemaran anda. Dinamakan sebagai Website-Watcher, software keluaran Aignes ini memang sangat useful terutama nak check website update terkini website yang kita bookmark. Ia boleh check website update secara automatik. Jadi, anda boleh lihat senarai website yang update, tak perlulah buang masa klik satu persatu. Jenis website lain yang boleh dicheck oleh software ni ialah forum,password-protected page,rss-feed page,pdf-word-excel,binary mahupun local file system. Software ni berlesen dan kena keluar sedikit fulus. Tapi boleh cuba trial 30 hari.

Isnin, November 22, 2010

Website untuk memendekkan URL


URL tu secara mudahnya bermaksud alamat internet macam www.google.com atau www.yahoo.com. Post kali ni nak cerita bahawa terdapat beberapa website yang boleh memendekkan URL. Mereka yang suka memendekkan URL ni ada beberapa tujuan, yang biasa aku tengok mereka yang memendekkan URL ni adalah internet marketer yang ada affiliate dengan website tertentu atau produk website tertentu. 

Untuk mengelakkan ‘kecurian id’ affiliate, jadi mereka tweak URL diorang. Satu lagi tujuan ialah untuk memendekkan URL terutamanya kalau penulis ebook, e-magazine ingin memaparkan URL yang agak panjang,jadi mereka pendekkan lah. 

Antara website yang boleh dilawati ialah
  • ·         Bit.ly
  • ·         Tinyurl.com
  • ·         Snipurl.com

Ahad, November 21, 2010

Tentukan masa anda melayari website

Banyak orang tak tahu berapa lama dia melayari website dan kadang-kadang membuang masa begitu banyak. Kalau pergi cyber cafĂ© lagi la pulak, kita perlu control masa supaya tak bazir masa dan wang. Apa kata aku cadangkan website ni minutesplease.com. 

Katakan anda ni hardcore fan facebook, menghabiskan masa berjam-jam. So,masukkan address facebook dan set kan masa ;sebagai contoh 10 minit je. Seminit sebelum masa tamat, pop up reminder akan keluar dan selepas itu tab browser facebook anda yang  tutup serta merta. Website ni menjadikan kita lebih berdisplin ketika berinternet.

Sabtu, November 20, 2010

Website minggu ini-Online Photo editor

Post yang lalu, aku telah memperkenalkan online application yang berkaitan kegunaan harian seperti Office Suites tapi hari ni aku nak perkenalkan kepada korang online application gak, tapi versi Photoshop. Boleh layari http://pixlr.com.

Yang menariknya, fungsinya asas tidak banyak bezanya dengan Photoshop dan loading application agak pantas (bagi pengguna broadband la).

Mungkin pengguna Photoshop yang mahir tahu kekurangan pixlr.com ni, tapi bagi pengguna yang malas nak beli lesen perisian Photoshop terutamanya syarikat yang nak jimatkan kos atau pengguna yang suka jimat space hardisk, inilah alternatifnya!

Khamis, November 18, 2010

Laman web tutorial dan majalah percuma di PhotographyBB


Jika anda suka berjimat daripada membeli majalah fotografi di kedai tapi nak jugak belajar teknik merakam gambar, aku suka perkenalkan satu laman web yang ‘absolutely free’ majalah dia, hanya perlu langgan dengan masukkan email saje. 

Anda boleh layari www.photographyBB.com. Di samping tu anda membaca majalah, anda boleh jugak baca tips-tips kat blog dia dan kalau anda suka berbuat kebajikan, bolehlah derma untuk website diorang untuk kelangsungan website tu. 

Walaupun free, aku fikir anda mesti rasa tak cukup dengan tutorial yang ada dalam website ni. Sebab ilmu itu luas. Aku dulu rajin baca majalah dia, tapi aku stop sekejap untuk memberi tumpuan pada perkara lain.

Rabu, November 17, 2010

Workshop: Bagaimana nak tahu pemilik domain sebenar?


Step 1
Taipkan www.domaintools.com pada address bar anda. 


Step 2
Kemudian taipkan laman web yang anda ingin tahu. Sebagai contoh di sini, saya taipkan www.maybank2u.com.my pada textbox Whois Lookup:. Klik butang Search.

Step 3
Di sinilah anda dapat melihat info domain tersebut samada domain tersebut didaftar di bawah nama syarikat atau individu. Ele, senang je kan?