Khamis, Disember 16, 2010

3 website online votes dan tutorial


Tengahari tadi selepas lunch bebudak ofis cadang nak buat farewell party untuk ada sorang staff tu. Dari semalam lagi bincang masih tak dapat kata putus. Tiba-tiba ada cadangan makan kat Kenny Rogers.
Tapi ada yang membantah cakap nak pergi Nandos. 

Akhirnya buat undi. Undi dibuat pada Excel dan share kat dalam satu folder . Pendekkan cerita, berlaku undi hantu. Sebab semua orang boleh modified Excel tu.

Ini ada satu cadangan. Kalau nak buat undi lepas ni apa kata guna online vote. Saya ada jumpa beberapa website yang boleh diakses dari ofis untuk kita buat undi secara tulus mulus.

Website twigs ni perlu kita daftar dulu sebelum nak buat poll kita sendiri.

Snappoll paling mudah nak buat satu undian. Tak perlu register,hanya masukkan butiran kemudian siap.

Misterpoll
Website ni jugak perlu daftar dulu sebelum boleh membuat poll.

Kali ni saya nak tunjukkan cara nak buat satu poll. Dalam post ni,saya guna Snappoll memandangkan ia cepat,mudah dan tak perlu mendaftar.


Step 1:
Taipkan soalan apa yang nak buat. Kemudian pilih bilangan jawapan yang nak diundi. Dalam contoh saya di sini ialah 2 ‘answer’ je iaitu Kenny Rogers dan Nandos.Klik Next.


Step 2:
Masukkan jawapan yang nak diundi iaitu Kenny Rogers dan Nandos. Klik Next.


Step 3: Masukkan ‘Title’. Apa-apa tajuk pun boleh, samada anda nak tunjukkan pada poll tu  atau tidak terpulang pada anda.Contohnya saya uncheck header. Pada Prevent Mulitple Poll, check kesemuanya jika satu orang satu undi. Klik Finish.


Step 4:
Website ni akan bagi satu link poll untuk anda. Jadi, klik Link tersebut.

Step 5:
Hasilnya, tadaa. Dah siap pun poll. Di sini, syarat undi ialah semua orang ada komputer sendiri macam kat ofis ke. Kalau kongsi komputer macam kat sekolah tak boleh la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan