Sabtu, Jun 04, 2011

Isnin, Mei 16, 2011

Bermain Angry Birds di website pula


Kini, kita boleh bermain Angry Birds di laman web selain di iPhone, Android Phone dan PC. Disebabkan ia terlalu popular, kini ia boleh dimain di pelbagai platform. Sesiapa yang nak melepaskan gian bolehlah layari http://chrome.angrybirds.com/

Jumaat, Mei 13, 2011

Robot vs Manusia main Angry Birds

Lagi pasal Angry Birds. Sebuah robot yang bernama OptoFidelity dicipta untuk menguji panel skrin sesentuh dan prestasi aplikasi yang dihasilkan. Namun, ia juga mampu bermain kesemua level games Angry Birds. Video promo seperti di bawah.

Selasa, Mei 03, 2011

Hoverboard Back To The Future II jadi realiti

Saintis di CERN telah mengumumkan 309 atom antihydrogen berjaya diperangkap selama 15 minit. Jika ia boleh bertahan lebih kelak, teori anti graviti mungkin menjadi realiti. Hasilnya nanti kita akan dapat lihat hoverboard atau skateboard terapung seperti dalam filem Back to the Future II akan menjadi realiti.

Dalam video di bawah menunjukkan hoverboard yang direka oleh artis Perancis, Nils Guadagnin yang menggunakan elektromagnet untuk terapungkan hoverboard tu dan laser untuk menstabilkannya. Layan!



HOVERBOARD - NILS GUADAGNIN from nils guadagnin on Vimeo.

Sabtu, April 30, 2011

iPad 2 di pasaran Malaysia


Hari ni saya tengok laman web apple malaysia, sudah terang lagi bersuluh iPad 2 berada di pasaran Malaysia. Harga bermula dengan RM1499, sudah tentu ada yang dapatkannya awal-awal lagi. iPad 2 lebih pantas daripada sebelumnya, mempunyai kamera depan belakang, lebih nipis dan ringan, jangka hayat bateri lebih lama dan grafik berkelajuan tinggi. Saiz skrin masih sama seperti dahulu.

Kali ni apple menyediakan accessori tambahan iaitu smart cover. Tapi ni kena beli secara berasingan. iPad 2 juga telah menyediakan 18 built-in aplikasi. iPad 2 ada dua warna iaitu hitam dan putih. Jika beli secara online di laman web apple malaysia, penghantaran selama 1 hingga 2 minggu.

Bagi iPad+Wifi sahaja harga bagi 16GB ialah  RM 1,499.00, 32 GB ialah RM 1,799.00, 64 GB ialah RM 2,099.00. Bagi iPad+Wifi+3G, harga bagi 16 GB ialah  RM 1,899.00, 32 GB ialah RM 2,199.00, 64 GB ialah RM 2,499.00.

Sumber: apple malaysia

Ahad, April 24, 2011

Sabtu, April 23, 2011

Portal 2: Game menguji minda dan kemahiran berfikir



Dulu masa saya mula-mula masuk kerja, sementara habis training, saya dapat satu link website games yang betul-betul menguji minda. Game tu adalah web game dan hanya dalam bentuk 2D. Saya main sampai habis stages. Masa tu tak tau games apa ni.

Kini, games tu kembali dalam bentuk 3D. Namanya Portal 2. Memang sebijik sama la macam games saya main tu. Tapi untuk 3D ni, banyak tambahan yang dibuat untuk menjadikan games ni lebih kompleks dan mencabar minda. Setiap objek dalam games ni mempunyai sifat masing-masing. Kita akan menggunakan objek-objek ni untuk menyelesaikan masalah kita yang terperangkap dalam Aperture Laboratory.