Sabtu, April 30, 2011

iPad 2 di pasaran Malaysia


Hari ni saya tengok laman web apple malaysia, sudah terang lagi bersuluh iPad 2 berada di pasaran Malaysia. Harga bermula dengan RM1499, sudah tentu ada yang dapatkannya awal-awal lagi. iPad 2 lebih pantas daripada sebelumnya, mempunyai kamera depan belakang, lebih nipis dan ringan, jangka hayat bateri lebih lama dan grafik berkelajuan tinggi. Saiz skrin masih sama seperti dahulu.

Kali ni apple menyediakan accessori tambahan iaitu smart cover. Tapi ni kena beli secara berasingan. iPad 2 juga telah menyediakan 18 built-in aplikasi. iPad 2 ada dua warna iaitu hitam dan putih. Jika beli secara online di laman web apple malaysia, penghantaran selama 1 hingga 2 minggu.

Bagi iPad+Wifi sahaja harga bagi 16GB ialah  RM 1,499.00, 32 GB ialah RM 1,799.00, 64 GB ialah RM 2,099.00. Bagi iPad+Wifi+3G, harga bagi 16 GB ialah  RM 1,899.00, 32 GB ialah RM 2,199.00, 64 GB ialah RM 2,499.00.

Sumber: apple malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan