Ahad, Januari 23, 2011

Tips turunkan berat badan

Tidak lama dulu, masa saya baru masuk syarikat yang saya bekerja sekarang ni, saya ada la masuk pertandingan fitness apa ntah. Objektif pertandingan tu ialah turunkan berat badan paling kurang 1 kg dalam masa 14 hari. Tapi pertandingan ni dalam kumpulan seramai 3 orang. Jumlah penurunan maksimum adalah 10kg. Kalau lebih daripada tu kira tersingkir la. Syarat nak masuk BMI lebih daripada 23. BMI saya lebih sikit dalam 0.3, jadi layak la masuk.

Jadi demi mencapai matlamat, terpaksala buat sesuatu. Badan saya susah nak turun sebab tak berat sangat. Kalau badan memang besar, mungkin senang kot. Berikut tips yang saya amalkan.

Tindakan pertama saya ialah beli conflake yang untuk fitness tu. Memang tu pun sebabnya pertandingan itu diadakan. (supaya orang kena beli conflake dia). Jadi makanlah conflake tu sarapan pagi dan malam. Conflake tu agak mahal dalam RM11-12, tapi kalau makan, bolehla kenyang(pendapat saya la) kalau nak banding conflake yang harga RM6++ tu.



Kemudian, saya tidak lagi makan malam dengan nasi. Sebab nasi mengandungi karbohidrat. Karbohidrat boleh menyebabkan kegemukan dan menaikkan berat badan. Tapi bukan tak makan malam langsung . Kelaparan nanti malam. Kita kena ganti dengan makan nasi. Apa yang saya buat ialah makan oat dan buah pada waktu malam. Kelebihan oat ni boleh menahan perut daripada kelaparan. Saya makan dalam jumlah tak banyak memandangkan saya makan conflake tu dalam masa yang sama.

Untuk mengelakkan perut mudah lapar, kita kena jauhi minuman berkafein macam nescafe ke,kopi tongkat ali atau ginseng ke, kopi dan teh. Sebab kalau minum, nanti selepas beberapa jam, kita rasa lapar,terhidrat. Bila dapat makan nanti, habis semua kita bedal. So, tak jadilah proses turun berat badan kita.

Nasi saya ambil waktu makan tengahari adalah kurang daripada biasa. Memandangkan teori cakap nasi boleh buat orang gemuk, jadi saya kurangkanlah. Bergantung pada individu.

Selain menjaga makan, exercise jugak penting. Sebab bila kita exercise, toksik akan keluar melalui peluh-peluh kita tu. Tak kira kita pergi gim ke atau berjoging atau main badminton, yang penting ada exercise. Kalau nak lagi cepat turun, kena hari-hari exercise. Tapi mengikut kawan saya cakap, lagi dia exercise,lagi cepat lapar dan makan banyak. Hmm, mungkin betul jugak sebab kalau nak exercise, kena ada tenaga. Kalau nak tenaga, kena makan banyak. Alamak macam mana ni?

Apapun, saya berjaya turunkan berat badan dengan disiplin pemakanan yang sangat ketat. Teka berapa turun? Tak banyak, 1.5 kg je. Ini bermakna sehari berat saya turun dalam 100g lebih. Ada peserta turun yang lebih 3 kg. Tapi kalau nak secara istiqamahnya, mungkin berpada 1kg satu minggu kot. Kalau lebih-lebih sangat nanti, takut hangat-hangat taik ayam.

Mungkin Kevin Zahri ada jawapannya. Kevin Zahri idea dia lagi best. Turun berat badan 5kg dalam masa 5 minggu. Jadi maknanya 1 kg dalam satu minggu! Ebooknya ada versi English dan Bahasa. 36 Colorful page. Kevin Zahri ni seorang fitness trainer yang terkenal di Malaysia. Jadi kalau bab fitness2 ni tentulah dia seorang yang mahir.



Bukan setakat nak turunkan berat badan, nak naikkan berat badan, nak diet dengan betul dan macam-macam lagi la ebook dia. Penting juga kita berdiet supaya dah tua nanti masih sihat lagi, boleh buat ibadat. Kalau dah tua tak sihat, ibadat pun tak boleh. Dah la masa muda ni kita cakap 'nak beribadat bila tua nanti', tapi bila dah tua, tak larat pulak. Kita perlu timba ilmu dari pakar.Apa kata anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan