Isnin, Januari 17, 2011

4 Cara nak layari internet dengan selamat


Selepas kita tahu ancaman semasa layari internet, apa yang kita harus lakukan ialah

Sentiasa update patch
Kalau anda menggunakan Windows original, bolehlah anda muat turun security patch yang ada dalam website Windows tanpa rasa ragu dan segan. Kalau jenis pirated, tak dapatlah nak download patch. Sebab kita tahu Windows sentiasa terdedah kepada ancaman hackers dan virus sejak mula dicipta.Namun, ia tetap popular sehingga sekarang.  

Cipta password yang selamat -  boleh tengok Post sebelum ni
Kalau boleh, buat password menggunakan gabungan huruf,nombor dan simbol. Sesetengah laman web, semasa daftar tu, tak kisah pun kita nak buat password macam mana. Contohnya yahoo atau gmail. Tapi kita kena biasakan diri membuat password menggunakan gabungan huruf dan nombor (paling kurangla).

Kemaskini antivirus
Biasanya antivirus kini adalah auto-update sebaik sahaja kita online. Tapi sekiranya setting pada antivirus tu bukan auto-update, kenalah update secara manual.

Hati-hati –umpama memandu di jalan raya
Kita layari internet umpama memandu di jalan raya. Kena berhati-hati sebab internet ni ibarat perhubungan tanpa batasan. Kita  kena tahu penggunaannya dengan betul dan apa yang tak betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan