Khamis, Januari 13, 2011

Perisian ebook yang menarik untuk dicuba minggu ni


Anda seorang yang suka baca ebook? Mungkin sesetengah orang tidak, tapi ada orang suka sebab ebook ni biasanya murah (kadang-kadang lebih mahal daripada buku biasa)dan boleh didapati dengan percuma.
Saya antara orang yang sukakan ebook. Kalau ebook saya dicetak, mungkin bilik saya penuh dengan buku je. 

Sebab tu saya teruja cerita pasal tablet iPad. Dulu masa Pesta Buku Antarabangsa, saya mesti beli buku, pastu tak baca sangat. Selepas tu saya berhenti beli buku (kategori yang tak baca sangat dan terlalu ilmiah).
Sekarang macam-macam perisian nak uruskan ebook ada. Ada yang percuma dan ada yang tidak. Hari ni saya nak bagitau yang percuma saja. Muat turun dan install pada PC.

Perisian ni digunakan sebagai e-reader ebook anda. Kalau anda memakai laptop jenis touch screen guna jari, anda akan rasa lebih feel sebab ebook yang kita baca boleh flip macam kit baca majalah betul. 

Walau bagaimanapun, kelemahan aplikasi ni ialah kita tak bookmarking di mana kita berhenti membaca atau meletakkan nota pada buku tersebut.




Perisian ni digunakan untuk menguruskan ebook anda yang banyak tu. Ebook yang ada tu boleh dikategorikan mengikut jenis buku masing-masing. Kalau kita klik pada imej buku, muka buku tu ada bergerak ke tengah. 

Fungsinya bukanlah apa sangat. Sekadar penambah perasa bak kata orang. Terdapat beberapa kategori yang ada iaitu Author,Publishers,Rating,Format,Tags dan sebagainya.

Aplikasi ni juga ada e-reader sendiri. Syaratnya ebook kita ditukar kepada format EPUB atau sediakala format EPUB. Lebih ringan dan mudah dibuka berbanding MartView yang banyak menggunakan memori PC. 

Walaupun perisian ni percuma, tapi pelbagai fungsi ada kat ebook management ni.Menarik untuk dicuba! Cuma, interface dia macam biasa, guna grid table kalau nak banding dengan Koolbits.                                                                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan