Ahad, Januari 30, 2011

8 tips yang cool tentang Facebook status

Facebook adalah aplikasi web yang paling interaktif pada masa kini. Facebook bukan sahaja untuk bersosial tetapi sangat fleksibel dan banyak aplikasi menyokongnya. Status update merupakan ciri menarik facebook. Ia cepat dan dipaparkan sebaik sahaja dikemaskini.



1. Tambah Dislike option pada status update kita
Setiap kali kita kemaskini status kita, mesti ada butang Like.Bukan sahaja status,kat foto,aplikasi dan merata-rata la ada butang Like. Tapi kalau kita tak suka atau benci dengan status kita, takkan kita nak Like jugak.

Ada caranya untuk customize status.Dengan menggunakan Status Magic, kita boleh tambah Dislike,Hate atau Love,LOLz dan macam-macam butang.

2.Tag orang pada status update

Katakan anda nak kemaskini status atau cakap berkenaan dengan orang yang ada akaun facebook.Contohnya 'Saya keluar makan bersama Abu Bakar dan Ahmad'. Taipkan '@' pada status bar dan taipkan nama Abu Bakar, secara automatik facebook akan senaraikan nama tu.


3.Menjadualkan status update
Yang ni ada macam-macam aplikasi yang sediakan servis yang sama, tapi kat sini saya gunakan Later Bro.

Caranya mudah. Sign In dengan Facebook Connect,pilih masa kawasan dan kemudian taipkan status anda dan pilih kalendar dan masa yang kita rasa sesuai dengan status kita tu.
4.Guna simbol pada status update
Hasil gabungan simbol dan tag pada orang di facebook

Kalau kita nak taruk simbol smile..:) kat status kita,facebook takkan tukar kepada ☺ secara automatik.
Tapi kalau nak senang, pergi ke laman ni dan copy and paste je simbol tu ke status bar kita.

5.Tengok status update dari merata dunia
Ini gunanya bila kita nak tau status orang mengenai sesuatu isu.Contoh,minyak naik.Samada orang tu menyokong ke mengutuk kerajaan ke,gunalah laman ni.

6.Tengok statistik status update kita
Tentu kadang-kadang kita nak berapa banyak kita dah update status kita,berapa perkataan dah kita taip,berapa hari kita update status.Aplikasi Facebook seperti Status Statistics boleh membantu.

7.Sorok status update kita yang orang tertentu

Menyorok status update daripada orang yang kita 'taknak dia tengok'.Menyorok status ni biasanya tak nak orang tertentu tersinggung dengan kata-kata kita atau isu-isu sensitif atau kita tau orang tu pro kepada sesuatu parti atau bangsa.

Ya,kita sebagai pengguna komputer bijak harus tahu selok-belok ni facebook ni.Jangan main belasah je.Banyak orang salah guna status ni untuk luahkan perasaan.Bak kata pepatah,terlajak kereta boleh diundur,terlajak status facebook,nanti kena kutuk(pepatah zaman IT).

8.Trick kawan kita dengan status update kita

Trick ni saya pernah pakai hari tu, tapi tak pasti berapa ramai yang klik kat status tu. Mungkin tak cukup tajam kutukan tu.Hahaha(Ketawa jahat). Caranya mudah sahaja. Masukkan link ni http://facebook.com/profile.php?=73322363 dalam status bar anda. Katakan anda taip status bar 'Hodoh betul dia ni. http://facebook.com/profile.php?=73322363'. Kemudian klik Share. Link tersebut sebenarnya akan redirect ke laman diri sendiri si tukang klik link tu (pelawat).Pastu tengok respon macam mana.Kalau anda sendiri yang klik,ia akan pergi ke Profile anda le. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan