Khamis, Februari 03, 2011

Cara melindungi hak cipta gambar

Macam mana nak lindungi hak cipta gambar kita?Yela,dah tangkap gambar cantik-cantik guna kamera mahal takkan nak bagi free je gambar kita tu ye tak?Senang je, caranya ialah dengan meletakkan watermark pada gambar kita tu.Ada banyak cara nak letak watermark pada kita punya gambar. Kita boleh menggunakan photoshop atau menggunakan online tool. Hari ni saya nak tunjukkan online tool yang kita guna iaitu watermarkingtool.com.

Watermarkingtool ada dua versi, free dan berbayar. Kalau free, boleh upload gambar sehingga 200KB dengan jumlah maksimum gambar 10. Sikit kan?Kalau berbayar, saiz gambar boleh sehingga 10MB. Kat sini saya letakkan jadual perbezaan yang percuma dengan berbayar.


Feature Free WMT Plus!
Upload Size (per file) 200KB 10MB
Image Watermarks No Yes
Download Files as Zip No Yes
Saved Settings No Yes
Priority Support No Yes
Cost Free $4.95/month or $49.95/year

Langkah-langkahnya mudah saja.
  1. Upload atau muat naik gambar yang nak di-watermark.Maksimum 10 gambar dengan saiz 200KB.
  2. Taipkan teks watermark. Kalau versi berbayar, kita boleh muat naik gambar/logo trademark yang nak dijadikan watermark.Kalau versi percuma,hanya sekadar teks. Jadi,tak boleh nak letak logo.
  3. Kemudian,klik kanan Save As gambar kita muat naik tu.
Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan