Khamis, Februari 10, 2011

HP keluarkan tablet TouchPad

Sekarang ni, semua syarikat elektronik berlumba-lumba nak keluarkan tablet. HP juga tidak ketinggalan. Ketika banyak syarikat menggunakan Android yang percuma tu untuk tablet mereka, HP keluarkan TouchPad dengan menggunakan WebOS sebagai sistem operasi untuk tablet mereka.
Kredit gambar-cnet

HP yang berpengalaman mengeluarkan Palm Tre 3 menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon dual-core 1.2GHz,mempunyai hanya 1 kamera 1.2 Megapixel di hadapan.Ciri-ciri yang tak ada pada tablet lain ialah TouchPad boleh menyeragamkan apa yang ada padanya dengan Palm Pre 3. Sebagai contoh,jika kita buka URL pada TouchPad,tiba-tiba kita terpaksa keluar rumah.Jadi,dengan menyentuh Palm Pre 3 tu pada TouchPad,secara automatik Palm Tre 3 kita tu buka URL yang sama dengan TouchPad.

Rekabentuk tablet HP ni memang macam nak sama dengan iPad.Cuma yang tak syoknya ialah TouchPad ni menggunakan WebOS iaitu OSnya sendiri.Kenapa tak syok?Sebab banyak aplikasi tak support lagi.Kalau guna Android kan bagus.Macam-macam aplikasi ada.Percuma lagi.

Ini ibarat macam Playstation,Wii dan XBOX 360.Game XBOX tak boleh main kat playstation sebab platform tak sama.Begitu juga dengan konsol yang lain.Kalau banyak syarikat tak nak buat aplikasi untuk kita punya platform,tak banyakla pasaran kita.

Apapun,ini satu lagi tablet yang bakal menyaingi iPad. Layan demo di bawah daripada Cnet.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan