Isnin, Februari 28, 2011

Tonton video tanpa putus dengan Multiparttube

Youtube mempunyai had durasi video iaitu selama 15 minit sahaja.Jadi,bagi sesiapa yang nak muat naik video perlulah pecahkan video mereka kepada beberapa bahagian.Namun,kini terdapat aplikasi iaitu Multiparttube yang membenarkan kita menonton video tanpa rasa video tu terpotong antara bahagian pertama dan kedua.

Multiparttube merupakan extension kepada Chrome iaitu browser Google dan hanya terdapat pada browser Chrome sahaja.Caranya mudah saja. Sila baca langkah-langkah seterusnya.

Langkah 1: Buka google Chrome dan cari Multiparttube di google. Anda akan jumpa laman seperti di bawah.Klik butang Install yang berwarna BIRU.

 Langkah  2: Kemudian pop-up window akan keluar seperti di bawah. Klik Install.

Langkah 3: Selepas Install, cari Extension menu pada Tools untuk memastikan Multiparttube telah diinstall.

Langkah 4: Anda akan dapati multiparttube extension telah diinstall. Di sini, anda boleh uninstall balik jika tak memerlukannya lagi atau disable.

Langkah 5:Selepas itu, cari klip video yang terbahagi kepada bahagian-bahagian seperti contoh di bawah.Klik Play all video yang dipetakkan berwarna merah.

Langkah 6: Contoh setelah klik Play of <number> video.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan