Ahad, April 17, 2011

Workshop:Bagaimana nak samakan Firefox setting dengan komputer lain


Situasinya begini. Katakan saya ada komputer PC dan juga komputer riba. Saya selalu guna kedua-dua komputer ni. Saya juga ada iPhone. Sebagai seorang pengguna internet, sudah semestinya saya ada masukkan bookmark pada mana-mana laman web di PC saya. Jadi, dekat komputer riba, saya juga mahu bookmark yang sama di PC. Juga sama di iPhone.


Kini, Firefox 4 menyediakan kemudahan menyamakan setting Firefox kita pada komputer dan gajet kita. Ia dinamakan sebagai Sync. Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah di bawah.

Langkah 1:
 Klik menu Firefox dan pilih Set Up Sync.

Langkah 2:

Klik butang Create New Account. Kemudian Next.

Langkah 3:
Masukkan account details iaitu email anda (tak kisah email apa),pasword. Akaun ni adalah akaun anda yang baru dalam Firefox.Di Server firefox sinilah tersimpan segala maklumat seperti bookmark dan lain-lain.Select Firefox Sync Server dan tick I agree..Klik Next.

Langkah 4:
Pilih yang bertanda MERAH sekiranya nak Sync dengan komputer lagi satu. Dia akan beri Sync Key kepada kita.Simpan Sync Key tu dalam notepad ke atau print terus. Klik Next dan kemudian Finish.

Skrin terakhir adalah seperti di bawah.

Langkah 5:


Klik kat Firefox menu dan pilih menu Options->Options. Klik Set Up Firefox Sync.

Langkah 6:

Masukkan Account(email yang kita daftar dengan Firefox),password,Sync Key yang diberikan pada langkah 4. Klik Next. Sync Key adalah security key yang akan digunakan untuk encrypt dan decrypt informasi browser kita.

Langkah 7: Tahniah! Anda telah menggunakan Firefox Sync.

Kat sinilah benda yang kita setkan sama dengan PC kita. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan