Jumaat, April 15, 2011

Restart komputer tanpa Shutdown


Boleh tak kita restart komputer kita tanpa melalui process shutdown?Situasinya begini, katakan anda install aplikasi yang memerlukan komputer direstart semula. Biasanya antivirus.Mungkin kita tak suka sebab ambil proses yang lama. Ada tak cara nak restart PC tanpa perlu klik2 butang dan melalui proses shutdown?


Jawapannya boleh-hanya dengan restart kita punya explorer.exe. Cara nak tutup explorer.exe kita dengan CTRL-ALT-DELETE dan klik pada Start Task Manager. Kemudian, cari explorer.exe dan klik End Task. Anda akan dapati desktop,taskbar hilang. Tapi jangan panik, pergi ke Task Manager semula dan klik New Task. Pada kotak dialog, taipkan explorer.exe dan semuanya akan kembali seperti sediakala.
Ele,senang je. Proses ni boleh dipendekkan lagi dengan mencipta batch. Apa itu batch? Tungguuu...

Update: Saya dah test cara ni tapi tak boleh pakai untuk perisian anti-virus.Wajib restart dengan cara betul.
Update: Nampaknya masih tak nampak rasional restart guna cara ini.Tak berkesan pun setakat ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan