Rabu, April 20, 2011

RM50 juta untuk projek emel 1Malaysia

Terima kasih Malaysiakini sebab dapat tahu ada projek emel 1Malaysia yang bernilai RM50 juta. Namun saya tak berapa gembira sebab projek ni hanya projek bersifat sementara. Sekiranya politik 1Malaysia ni jatuh, emel ni tidak lagi relevan. Lagipun projek ni bersifat tempatan. Kalau bab teknologi, kita harus berfikir macam orang Barat fikir. Mereka fikirkan tentang pasaran dunia, tidak pasaran tempatan semata-mata.

Lagipun,timbul satu kecurigaan tentang privasi emel tu sendiri. Disebabkan ia adalah projek kerajaan, apakah mungkin wujud satu badan yang mengorek rahsia peribadi melalui emel tu nanti? Tambahan pula, sekiranya diwajibkan semua pegawai kerajaan menggunakan emel ni.

Ada yang komen kata projek ni membazir sebab tak semua orang ada akses internet dan layan emel dengan mudah.Betul juga komen tu. Lagipun, sekarang orang layan Facebook je kot,semua mesej-mesej melalui Facebook je. Berniaga online di Facebook. Chat di Facebook. Mungkin dalam bisnes, yes emel. Tapi siapa yang buat bisnes?Majoriti orang Malaysia makan gaji dan juga pelajar. Apapun, semoga berjaya emel 1Malaysia.:P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan