Jumaat, Disember 03, 2010

Review tentang Galaxy Tab

Masa Apple mula-mula keluar iPhone, berlumba-lumba produk elektronik terutama handphone keluar handphone jenis touch screen. Bukan takde handphone yang touch screen, tapi tak cukup cool macam iPhone. Kebanyakannya menggunakan pen sesentuh untuk sentuh skrin. Contohnya PDA Smartphone.Tapi dengan iPhone, sentuh dengan jari pun boleh.Situasi sama berlaku pada iPad. Selepas iPad keluar di pasaran, secara tak langsung e-Reader lain turut diberi perhatian.


Oklah,sekarang kita nak citer pasal pesaing terkini iPad iaitu Samsung Galaxy Tab. Ia dikatakan pesaing sebenar iPad disebabkan ciri-ciri yang bakal menarik perhatian pembeli. Maksudnya ialah apa yang takde pada iPad, ada pada Galaxy Tab. Lihat spesifikasi di bawah.


Warna kuning tu menunjukkan apa yang iPad tidak ada buat masa ni. Skrin 7 inci ini memudahkan pengguna membawa ke mana-mana dan muat masuk beg bersaiz kecil. Menurut beberapa sumber, Galaxy Tab sudah memasuki pasaran Malaysia 25 Oktober 2010 lalu dan didatangkan secara eksklusif oleh Maxis dengan tiga harga.

  • RM2,699 without a contract
  • RM1,849 with a 12-month contract
  • RM1,749 with a 24-month contract.
Details info.Klik untuk besar.Cilok dari website Samsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan