Jumaat, Disember 10, 2010

Tips membeli belah di PC Fair


Minggu ni akan berlangsung digital expo atau aku gelarkan PC Fair III di Kuala Lumpur Convention Centre bersebelahan KLCC dan Mandarin Oriental. Jadi, di sini ada tips sedikit yang nak dikongsi bersama berdasarkan pengalaman saya pergi expo sebegini.

Bawa beg galas/sandang
Tujuannya untuk menyimpan pamplet dan brochure yang dikutip sepanjang anda berjalan di expo. Atau boleh simpan barang kecil yang kita beli macam pendrive,mouse,earphone dan lain-lain.

Kalau nak beli barang,bawa seorang kawan
Kalau boleh bawa kawan tahu selok belok komputer atau barang nak  dibeli. Kalau beli barang komputer yang banyak, boleh kawan yang ikut kita tu tolong pegang sikit barang. Nanti belanjalah dia makan.

Jangan bawa baby /kanak-kanak
Bukan tak bagi, tapi sebab PC Fair ni tempat tumpuan orang ramai, memang sesak. Selepas tu, kalau nak keluar dari expo tu bukannya mudah, jalan keluar agak jauh. Kecuali anda datang pagi mungkin kurang sikit orang. Tapi kalau dah tengahari memang pack. Kalau anak anda meragam nak balik susah dah.

Beli air minuman atau makanan siap-siap
Kalau nak beli air setakat air tin ke air kotak ke,on the way pergi ke PC Fair tu singgahlah di stesen minyak ke 7 eleven ke. Makanan dan minuman kat PC Fair ni tak murah.

Beli tiket LRT pergi dan balik
Ini bagi sesiapa yang pergi ke PC Fair naik LRT ke KLCC la. Bila beli tiket, belilah tiket pergi balik terus. Sebab bila anda nak pulang, orang beratur beli tiket punyalah panjang. Bagi pemegang kad touch n go lagi baik kalau anda dapat menggunakannya.         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan