Khamis, Disember 30, 2010

Fenomena tsufahmi melanda negara

Inilah yang terjadi pada ranking carian google hari semalam dan hari ni,nama khairul fahmi telah menjadi sebutan anak-anak dara yang terkena demam bolasepak. Malah blog aweknya pun terkena tempias sama.

Siapa Khairul Fahmi ni? Ala,goalkeeper Malaysia yang main masa final Piala Suzuki AFF 2010 tu. Memang tak boleh dinafikan la dia punya usaha menyelamatkan gol Malaysia daripada serangan pemain Indonesia yang bertalu-talu. Penalti pun dia selamatkan. Budak pompuan tengok terus jatuh cinta, "Oh,abang Fahmi".LOL.

Bagaikan hero negara, Nora Danish pun boleh cair beb.Hohoho.Terbukti kat twitter Nora Danish.(Korang cari la ek).No komen pasal hensem tak hensem ke Khairul Fahmi.Ada aku kisah?



Apapun, tahniah kepada pemain bolasepak Malaysia. Saya tak kisah piala apa yang dijulang, tapi sangat suka dengan persembahan permainan Malaysia sejak akhir-akhir ni. Memang terbaek!Buat pasukan bolasepak Malaysia, teruskan perbaiki mutu permainan anda hingga ke tahap angkasa gaban, sebab bila dah berjaya ni, tanggungjawab yang dipikul semakin berat. Banyak pasukan-pasukan otai akan mula mencabar kehebatan pasukan Malaysia di masa akan datang!

Kekalahan di Indonesia semalam menunjukkan ada lagi ruang-ruang untuk diperbaiki di masa akan datang. Practice make perfect!Malaysia boleh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan