Rabu, Disember 01, 2010

Workshop: Menggunakan calculator Windows 7

Aplikasi Calculator dalam Windows 7 bukan sebarang kalkulator. Jika calculator Windows XP hanya mempunyai Standard dan Scientific, tapi kini mempunyai fungsi seperti Statistics dan Programmer. Ada beberapa jenis pengiraan yang boleh dilakukan oleh Calculator ni. Iaitu
  • ·         Standard
  • ·         Scientific
  • ·         Programmer
  • ·         Statistics




    Pada menu group yang kedua tu ada History dan Digit grouping manakala menu group yang ketiga ada Basic,Unit conversion,date calculation dan Worksheet. Pada menu Worksheet, submenunya ialah Mortgage,Vehicle Lease,Fuel Economy (mpg) dan Fuel Economy(L/100km).  

    Unit Conversion

    Klik pada menu View--> Unit Conversion ataupun Ctrl+U. Sebagai contoh, pilih type Length, From Inch, To Centimeters. Masukkan nilai pada textbox From =1. Secara automatik akan memaparkan nilai 2.54 pada textbox Centimeters. Maksudnya setiap inci mempunyai 2.54cm.

    Date Calculation 

    Fungsi ni untuk kira hari dalam satu jangka waktu. Sila klik pada menu View-->Date Calculation atau Ctrl+E. Kemudian pilih Calculate the difference two dates. Pilih tarikh mula dan tarikh akhir dan klik Calculate.

    Worksheet
    Fungsi yang ketiga ni lebih dekat kepada kehidupan sehari-hari seperti nak kira pinjaman, berapa banyak minyak untuk satu perjalanan dan lain-lain. Untuk itu, klik menu View-->Worksheet-->Mortgage. Ada empat pilihan calculation yang anda boleh pilih iaitu  
    • Down payment
    • Monthly payment
    • Purchase price
    • Terms (year)

    Sebagai contoh, pilih Monthly payment. Masukkan nilai seperti rajah di atas. Klik Calculate.Cuma Calculator ni tak sama hasilnya dengan Car loan calculator. Cuba lihat dengan rajah di bawah. Aku tak mahir sangat kiraan loan kereta di Malaysia ni. Jadi, no komen.
    Klik gambar untuk besarkan

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan