Selasa, Disember 07, 2010

Galaxy Tab catat 1 juta jualan di US

Samsung telah berjaya menjual produk ala-ala iPad iaitu Galaxy Tab sebanyak 1 juta hanya dalam masa dua bulan lebih sahaja. Ini menunjukkan produk ni telah diterima oleh ramai pengguna yang mahu kelainan daripada produk keluaran Apple. Walaupun begitu, masih belum memecahkan rekod jualan iPad yang hanya memakan masa sebulan sahaja untuk capai jualan 1 juta. Galaxy Tab yang mempunyai skrin 7 inci dan menggunakan Android sebagai operating system. Jualan di US menjadi penanda aras kepada populariti sesuatu produk dan biasanya jika sesuatu gadget tu popular di US, ia akan mempengaruhi jualan di seluruh dunia. Terasa teruja lak nak beli Galaxy Tab.
Sumber:ComputerWorld

Tiada ulasan:

Catat Ulasan