Isnin, November 08, 2010

Web-based office suites


Biasanya kalau kita guna office, kita perlu beli dan kena install dalam komputer kita sendiri. Kini, kita ada alternatif lain. Web-based Office. Kita tak perlu beli perisian mahupun lesen office yang mahal tu. Apa yang kita perlukan hanyalah broadband.
Ada orang tanya ‘Buat apa guna web-based office?’ Situasinya begini, katakanlah anda pergi ofis, hanya diberi pc, pendrive tak bawa atau tak boleh guna di ofis. Tiada diberi laptop.
Masa nak balik kerja, bos suruh buat preparation untuk presentation esoknya tapi saat itu anda kena jugak balik rumah ambil anak di taska. Jika anda buat slide show kat pc di rumah, anda perlu copy masuk dalam pendrive dan kemudian pendrive tu pulak terlupa bawa atau tercicir. Macam mana?
 Inilah gunanya web-based office, sediakan slide di mana-mana web-based office,save dan esoknya anda lenggang kangkung datang ofis buka slide tu secara online. Baru nampak maju. Dengan syarat kena ada internet connection la.
Setakat ini, web-based office yang sedang bersaing di alam siber adalah seperti berikut:
Apa yang anda perlu buat ialah daftar sebagai pengguna web-based office tersebut. Kalau dokumen tu confidential, dinasihatkan jangan pakai web-based office ni.  Penulis tak tahu sejauh mana keselamatan data yang disimpan di web-based office. Maklumlah, server nya merata dunia.  Namun, manfaatnya amat besar.

Apa yang penting ialah fungsinya dan compatiblity dengan Microsoft Office. Boleh upload dan download fail Word,PPT,atau Excel ke web-based office.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan