Sabtu, November 13, 2010

Social Bookmark –bookmark buku secara online sambil bersosial


Kita tak selalunya berada di komputer sendiri. Selalunya kat ofis atau kadang-kadang pinjam komputer bini, abang, kakak, housemates ataupun kita pergi cc ataupun kita sendiri ada dua tiga buah computer di rumah. Itu memang otai la kalau sampai dua tiga buah computer kat rumah.

Kalau begitu situasinya, eloklah anda guna online bookmark sebab komputer sesiapa saja yang anda guna, bookmark anda tetap ada di situ. Tak perlulah nak backup-restore bookmark kerjanya. Lagipun, sambil bookmark anda boleh bersosial-network. Berikut adalah website social bookmarking.


              
Sehingga hari ni, delicious menjuarai ranking dalam google dalam social bookmarking. Tapi rekabentuk webnya tak berapa cool dan tak banyak features yang lebih sosial. Namun, delicious ada kelebihan. Pada list bookmark kita tu ada memaparkan bilangan orang yang bookmark address yang sama,siapa orangnya,tags yang digunakan untuk bookmark address tersebut.  Fungsi delicious sangat simple.
Walaupun kedudukan dalam google search di bawah ranking delicious, tapi dari segi rekaentuk webnya aku suka. Cool dan fresh. Apa yang lebih Diigo berbanding Delicious ni ialah network group. Jadi, macam aku minat komputer, aku pergi ke kategori Computer and Internet dan pilih group yang diminati. Selain itu, kita boleh browse website pada page itu sendiri tanpa menghilangkan Diigo page kita.
Ermm, sebenarnya Linkable ni tidak termasuk dalam kategori social bookmarking, tapi masih mempunyai fungsi yang sama iaitu bookmark. Fungsi dia sangat cool dan jarang-jarang digunakan dalam website terkini. Kita boleh menguruskan bookmark kita dengan drag and drop sahaja. Kalau aku boleh share video dia, anda lihat sendiri. Memang menarik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan