Selasa, November 09, 2010

Tips untuk mengelakkan diri terkena Online Scams atau Caller Scams


Korang pernah tak dapat email yang meminta supaya update info korang di website yang anda register terutama website bank macam maybank2u? Kemudian mereka sediakan link untuk website tersebut? Atau korang beli barang di satu website, selepas itu barang tak dapat-dapat. 

Atau ada pemanggil telefon yang mengatakan korang dapat kad melancong percuma tapi bayar dalam RMXXX. Mula-mula minta alamat untuk diorang poskan kad itu dan akhirnya minta nombor kad kredit?


Ya, jangan biarkan diri anda terkena situasi sebegitu. Nangis tak berlagu korang nanti. Aku bagi tips serba sedikit bagaimana nak elak perkara sebegini terjadi.

Pastikan
  • ·         Pastikan komputer ada anti-virus, firewall atau spam filter.
  • ·         Guna web browser terkini yang boleh mempunyai reputasi baik.
  • ·         Sentiasa perhatikan URL/alamat website yang meminta anda punya personal info.
  • ·         Update Windows dengan patch keselamatan terkini.
Jangan
  • ·         Percaya pada website/pemanggil yang meminta anda punya personal info walau macam mana pun.
  • ·         Klik pada emails atau mesej online atau path yang diberikan secara membuta tuli. Mungkin anda tahu ia adalah scam, tapi jangan gatal tangan nak klik, mungkin virus tersebar melaluinya.
  • ·         Berikan password,nombor kad kredit atau debit berserta 3 nombor di belakang kad kredit anda kepada pemanggil/ website yang mencurigakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan