Isnin, November 15, 2010

3 blogging tool di alam maya


Kalau nak diikutkan, memang banyak blogging tool di alam maya sana. Yang paling popular setakat ni, Blogger. Memang tak dinafikanlah. Orang Malaysia terutamanya ni memang terkehadapan dalam bab teknologi internet ni. Daripada frienster ke facebook, blog,photo sharing,internet marketing menjadikan rakyat Malaysia paling menonjol dalam bab internet ni. Syabas!

Tapi hari ni aku nak kongsi tiga blogging tool yang anda boleh upload sendiri,host sendiri menggunakan server sendiri,domain sendiri tanpa limit. Yang perlu tahu hanya pengetahuan sikit-sikit dalam php,settings,database bagi setiap perisian yang akan kita citer selepas ini.


Memang tidak diperlu diperkenalkan lagi Wordpress ni kerana rata-rata blogger menggunakannya dan sesetengah server mesra Wordpress. Terdapat dua jenis wordpress di internet. Wordpress.com adalah blog yang dah siap hostkan untuk kita, apa yang kita perlu hanya daftar sebagai pengguna Wordpress. Prinsipnya sama macam Blogger atau dulu dikenali sebagai blogspot. 

Satu lagi ialah Wordpress.org. Yang ni, kita kena muat turun perisiannya secara percuma! Ia adalah Content Management System (CMS) dan kita boleh host blog kita menggunakan server kita sendiri atau sewa server orang. Biasanya hanya  blogger yang serius saja menggunakan wordpress ini sebab fleksibel dan boleh customize sendiri. Terdapat beratus-ratus plug-in dan theme yang menyokong Wordpress ni kerana komunitinya agak kuat. Mudah diinstall, hanya klik next-next-next saja!     
  

ExpressionEngine ni digunakan oleh korporat atau orang yang buat duit ribu-ribu dengan blog. Sebab ExpressionEngine ni kena bayar. Jadi, kalau nak blog anda dah maju, dah boleh buat duit,kira ok la nak guna ExpressionEngine. Jadi tidak hairanlah syarikat yang besar-besar je yang memakainya macam Disney, BBC, IGN dan Nokia. Juga mempunyai komuniti yang menyokong perisian ini.  


Textpattern ni boleh dikatakan open source jugak macam Wordpress. Bagi pengguna nakkan kelainan, boleh juga menggunakan perisian ini. Kini versinya juga sudah lebih advance dari Wordpress. Ia juga boleh dikatakan alternatif kepada Wordpress. Kalau kita buat perbandingan antara Wordpress dan Textpattern, tak nampak perbezaan dari segi rekabentuk blog, mungkin beza dari segi features dan sokongan komuniti sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan