Isnin, Mei 16, 2011

Bermain Angry Birds di website pula


Kini, kita boleh bermain Angry Birds di laman web selain di iPhone, Android Phone dan PC. Disebabkan ia terlalu popular, kini ia boleh dimain di pelbagai platform. Sesiapa yang nak melepaskan gian bolehlah layari http://chrome.angrybirds.com/

Jumaat, Mei 13, 2011

Robot vs Manusia main Angry Birds

Lagi pasal Angry Birds. Sebuah robot yang bernama OptoFidelity dicipta untuk menguji panel skrin sesentuh dan prestasi aplikasi yang dihasilkan. Namun, ia juga mampu bermain kesemua level games Angry Birds. Video promo seperti di bawah.

Selasa, Mei 03, 2011

Hoverboard Back To The Future II jadi realiti

Saintis di CERN telah mengumumkan 309 atom antihydrogen berjaya diperangkap selama 15 minit. Jika ia boleh bertahan lebih kelak, teori anti graviti mungkin menjadi realiti. Hasilnya nanti kita akan dapat lihat hoverboard atau skateboard terapung seperti dalam filem Back to the Future II akan menjadi realiti.

Dalam video di bawah menunjukkan hoverboard yang direka oleh artis Perancis, Nils Guadagnin yang menggunakan elektromagnet untuk terapungkan hoverboard tu dan laser untuk menstabilkannya. Layan!



HOVERBOARD - NILS GUADAGNIN from nils guadagnin on Vimeo.