Sabtu, April 30, 2011

iPad 2 di pasaran Malaysia


Hari ni saya tengok laman web apple malaysia, sudah terang lagi bersuluh iPad 2 berada di pasaran Malaysia. Harga bermula dengan RM1499, sudah tentu ada yang dapatkannya awal-awal lagi. iPad 2 lebih pantas daripada sebelumnya, mempunyai kamera depan belakang, lebih nipis dan ringan, jangka hayat bateri lebih lama dan grafik berkelajuan tinggi. Saiz skrin masih sama seperti dahulu.

Kali ni apple menyediakan accessori tambahan iaitu smart cover. Tapi ni kena beli secara berasingan. iPad 2 juga telah menyediakan 18 built-in aplikasi. iPad 2 ada dua warna iaitu hitam dan putih. Jika beli secara online di laman web apple malaysia, penghantaran selama 1 hingga 2 minggu.

Bagi iPad+Wifi sahaja harga bagi 16GB ialah  RM 1,499.00, 32 GB ialah RM 1,799.00, 64 GB ialah RM 2,099.00. Bagi iPad+Wifi+3G, harga bagi 16 GB ialah  RM 1,899.00, 32 GB ialah RM 2,199.00, 64 GB ialah RM 2,499.00.

Sumber: apple malaysia

Ahad, April 24, 2011

Sabtu, April 23, 2011

Portal 2: Game menguji minda dan kemahiran berfikir



Dulu masa saya mula-mula masuk kerja, sementara habis training, saya dapat satu link website games yang betul-betul menguji minda. Game tu adalah web game dan hanya dalam bentuk 2D. Saya main sampai habis stages. Masa tu tak tau games apa ni.

Kini, games tu kembali dalam bentuk 3D. Namanya Portal 2. Memang sebijik sama la macam games saya main tu. Tapi untuk 3D ni, banyak tambahan yang dibuat untuk menjadikan games ni lebih kompleks dan mencabar minda. Setiap objek dalam games ni mempunyai sifat masing-masing. Kita akan menggunakan objek-objek ni untuk menyelesaikan masalah kita yang terperangkap dalam Aperture Laboratory.



Jumaat, April 22, 2011

Astro lancarkan IPTV bersama dengan Time dot Com


IPTV atau nama penuh Internet Protocol Televisyen yang telah diperkenalkan oleh TM melalui HyppTV dalam pakej Unifi akan menerima saingan TV satelit Malaysia, Astro apabila Astro juga mahu memperkenalkan IPTV. Astro bergabung Time dot Com untuk menyediakan fiber optik jalur lebar 100%.

Astro B.yond IPTV akan membenarkan pengguna menonton apa-apa channel yang telah sedia ada di Astro termasuk channel High Definition(HD).Buat masa ni,IPTV ni hanya ada di kondominium mewah di lokasi seperti Bukit Kiara,KLCC,Bangsar dan juga Penang.

Yang menariknya,pelanggan IPTV boleh menonton Astro ketika waktu hujan lebat berbanding TV satelit sekarang ni.(yeke?)

Khamis, April 21, 2011

Alien dijumpai di Russia

Dikatakan alien ni dijumpai berdekatan dengan UFO yang terhempas di Russia.Wallahu a'lam.




Update terkini 23 April:Akhirnya terbongkar apabila alien yang dikatakan itu dijumpai adalah palsu dan diperbuat daripada roti dan kulit ayam.

Rabu, April 20, 2011

RM50 juta untuk projek emel 1Malaysia

Terima kasih Malaysiakini sebab dapat tahu ada projek emel 1Malaysia yang bernilai RM50 juta. Namun saya tak berapa gembira sebab projek ni hanya projek bersifat sementara. Sekiranya politik 1Malaysia ni jatuh, emel ni tidak lagi relevan. Lagipun projek ni bersifat tempatan. Kalau bab teknologi, kita harus berfikir macam orang Barat fikir. Mereka fikirkan tentang pasaran dunia, tidak pasaran tempatan semata-mata.

Lagipun,timbul satu kecurigaan tentang privasi emel tu sendiri. Disebabkan ia adalah projek kerajaan, apakah mungkin wujud satu badan yang mengorek rahsia peribadi melalui emel tu nanti? Tambahan pula, sekiranya diwajibkan semua pegawai kerajaan menggunakan emel ni.

Ada yang komen kata projek ni membazir sebab tak semua orang ada akses internet dan layan emel dengan mudah.Betul juga komen tu. Lagipun, sekarang orang layan Facebook je kot,semua mesej-mesej melalui Facebook je. Berniaga online di Facebook. Chat di Facebook. Mungkin dalam bisnes, yes emel. Tapi siapa yang buat bisnes?Majoriti orang Malaysia makan gaji dan juga pelajar. Apapun, semoga berjaya emel 1Malaysia.:P

Selasa, April 19, 2011

Motorola Xoom bakal masuk Malaysia


Persaingan tablet makin hangat di pasaran apabila dikhabarkan akan masuk Malaysia tidak lama lagi. Ini kerana Motorola Xoom dikatakan saingan terhebat iPad 2 yang dilancarkan di US Mac lalu. Bagaimanapun, tidak pasti bila iPad 2 akan masuk Malaysia memandangkan Jepun pengeluar komponen iPad sedang berusaha memulihkan negara akibat bencana gempa dan tsunami.

Ahad, April 17, 2011

Workshop:Bagaimana nak samakan Firefox setting dengan komputer lain


Situasinya begini. Katakan saya ada komputer PC dan juga komputer riba. Saya selalu guna kedua-dua komputer ni. Saya juga ada iPhone. Sebagai seorang pengguna internet, sudah semestinya saya ada masukkan bookmark pada mana-mana laman web di PC saya. Jadi, dekat komputer riba, saya juga mahu bookmark yang sama di PC. Juga sama di iPhone.

Sabtu, April 16, 2011

Membeli belah di PC Fair 2011-April


Saya takde la membeli belah sangat. Setakat beli internet security yang terbaru dan tetikus untuk isteri saya. Tahun ni lucky draw untuk internet security tak berapa best. Ada ke dapat penanda buku. Tapi saya ingat hari malang. Rupanya tidak. Sampai di hujung dewan, ada majlis soal jawab dan boleh dapat hadiah saguhati kalau jawapan betul. Kebetulan soalan berkenaan dengan bola sepak. Saya ni tahu sikit-sikit. Akhirnya dapat hadiah saguhati.hehehe. Not bad. Tengoklah gambar di atas dan bawah ni. Itulah hadiahnya. Jadilah buat kenang-kenangan.

5 iklan komersial paling cool untuk ditonton



Cartoon network promo

The Pirate from Meindbender on Vimeo.

IKEA 365 Campaign


Docomo Touch Wood brilliant ad



Vodafone-Evolution of Mobile


Our Life in the near future
Video 'A Day Made of Glass' ni paling cool antara yang lima ni.

Jumaat, April 15, 2011

Restart komputer tanpa Shutdown


Boleh tak kita restart komputer kita tanpa melalui process shutdown?Situasinya begini, katakan anda install aplikasi yang memerlukan komputer direstart semula. Biasanya antivirus.Mungkin kita tak suka sebab ambil proses yang lama. Ada tak cara nak restart PC tanpa perlu klik2 butang dan melalui proses shutdown?

Khamis, April 14, 2011

Copy paste banyak-banyak dengan Clipboard Manager

Biasanya kalau kita Ctrl-C,Ctrl-V atau Copy Paste, biasanya kita hanya dapat teks yang terakhir kita copy and paste. Jadi, macam mana nak dapatkan teks-teks yang sebelum ni kita copy?

Clipboard Manager adalah jawapannya. Clipboard Manager membenarkan kita menyimpan ingatan Copy Paste iaitu clipboard sebanyak 20 teks maksimum. Ia menyediakan menu semua 20 teks yang kita Copy sebelum ini dengan menekan butang Caps-Lock atau lain-lain hot key yang kita pilih. Dari situ,kita pilih teks kita dan Paste pada lokasi yang kita nak.


Kalau teks yang Copy tu perlu digunakan secara kerap macam internet address ke,Clipboard Manager menyediakan Stickies feature.Clipboard Manager kini boleh diinstall ke Windows 7.Dapatkannya di sini

Isnin, April 11, 2011

Cara pantas menggunakan komputer tanpa mouse


Caranya ialah dengan menggunakan 'shortcut key' dalam bahasa Inggeris.Kadang-kadang, guna mouse ni pun lambat gak.Sebab Windows banyak guna butang-butang yang tersorok.

Contohnya nak lock komputer. Klik butang Start, lepas tu Arrow dan baru klik Lock(Windows 7/ Vista). Kalau kita nak terkucil sangat macam mana? Maklumla,kat ofis,kalau komputer tak lock takut ada orang sabotaj PC kita atau orang nak curi maklumat dalam komputer kita.Penting tu! Teknik ni hanya terpakai untuk komputer Windows OS sahaja.Untuk komputer iMac,mungkin ada cara lain.

Ahad, April 10, 2011

Commodore 64 komputer lama versi teknologi baru


Commodore 64 merupakan antara komputer generasi awal sekitar 80-an. Diperkenalkan pada 1982, 8-bits komputer peribadi ini mempunyai 64KB memori dan lebih advance daripada komputer IBM pada masa itu. Kalau anda perasan pada post Perintis Teknologi Masa Kini, ada salah satu gambar komputer Atari yang juga saingan kepada Commodore 64.

Bagaimanapun, itu cerita dulu. Kini, Commodore 64 telah diubahsuai komponen dalamannya kepada baru. Rekabentuknya masih sama, cuba ditambah dengan port-port yang terkini,pembaca memori kad dan BlueRay DVD.Ia kelihatan sangat nostalgia bagi penggemar dunia komputer yang berubah pantas.

Menurut syarikat yang membuatnya, sambutan amat menggalakkan dan memang di luar jangkaan.Ini kerana di zaman iPad dan iPhone,masih ada lagi peminat komputer retro seperti ini. Tapi kalau sesiapa memiliki ni memang cool!Harapnya ada la kat Mesia.

Sumber:NYTimes

Sabtu, April 09, 2011

5 adds-on Mozilla Firefox yang berguna

Video Helper
Cara mudah untuk muat turun dan convert video web daripada laman video seperti Youtube. Juga sesuai untuk audio dan galeri gambar.
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/video-downloadhelper/

Coolpreview-
Bertujuan untuk preview link dan imej tanpa meninggalkan tab atau laman yang sedang anda lawati.
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/coolpreviews/

Adblock
Menghalang iklan-iklan yang tidak diundang. Biasanya iklan ni akan dipaparkan jika kita layari laman yang tak terkenal.
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

ViewMark
ViewMarks adalah cara lain untuk menguruskan bookmark kita. Bila kita cipta bookmark,imej preview akan disimpan secara automatik. Jadi, bookmark kita akan lebih visual daripada biasa.
http://www.codepad.de/en/download/firefox-add-ons/viewmarks.html


Integrated Gmail
Gmail + Google Calendar + Google Reader + ... + Gmail Labs = Integrated Gmail: Semuanya disimpan dalam satu tempat.
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/integrated-gmail/

Jumaat, April 08, 2011

Muat turun standalone Internet Explorer 9


Saya baru cuba install Internet Explorer 9(IE9) baru-baru ni, dan hasilnya..laju dowh.Hari ni saya kongsi dengan anda semua IE9 standalone supaya senang nak install di komputer. Banyak kelebihan guna standalone installer ni.

Salah satunya ialah jika di rumah kita ada lebih daripada satu komputer, boleh guna kat komputer lain-lain juga tanpa perlu muat turun satu persatu. Juga sesuai untuk internet rumah yang kejap ada kejap tak ada (tak stabil) atau broadband yang ada kuota had. IE9 hanya boleh diinstall di Windows Vista dan Windows 7. Maaflah pada pengguna Windows XP.

Selasa, April 05, 2011

The Governator – First Trailer

Watak diambil daripada Arnold Susah-Nak-Eja,yang kini telah Gabenor California setelah menjadi pelakon dan body-builder.

Ahad, April 03, 2011

Perintis teknologi masa kini

Pada era tahun 80-an, beberapa teknologi komputer dan elektronik telah menjadi perintis teknologi masa kini. Antaranya komputer desktop,komputer riba,GPS,video phone dan panel LCD. Gambar ni diambil daripada majalah Popular Science sekitar tahun 80-an. Pada masa tu,negara kita tidak dapat menikmati penggunaan teknologi tu sepenuhnya, tapi hari ni kita pun dapat menggunakannya walaupun lambat sikit daripada negara jiran seperti Sinagpura (sebab apa-apa produk lancar kat US memang lambat dipasarkan Malaysia).

Jumaat, April 01, 2011

Workshop: Menukar setting dan UI Facebook dengan Better Facebook


Anda pernah tengok laman Facebook(FB) macam gambar di atas?Ya, sedah tentu tidak sebab hanya owner sahaja yang dapat tengok custom FB User Interface.Ini kerana saya menggunakan aplikasi Better Facebook. Better Facebook(BF) adalah extension percuma browser Firefox untuk memaksimumkan penggunaan setting dan UI Facebook agar kelihatan lebih cool di mata kita. BF ni boleh dikatakan anti-internet explorer sebab hanya IE sahaja yang tak ada extension BF.Tidak pasti Firefox 4 ni boleh guna extension ni ke tak.