Khamis, Mac 31, 2011

Fakta menarik tentang makanan


Dapatkan buku terlaris Kevin Zahri 'Kurangkan berat 5kg dalam masa 5 minggu!' dengan klik banner di bawah.Terdapat dalam BM dan English.Sebanyak 2500 salinan telah terjual!38 muka surat warna penuh!Menarik tertarik memang dabomm!Tidak rugi memilikinya.




Jika ingin tambahkan berat,dapatkan buku Kevin Zahri 'Tambah berat badan 5kg dalam masa 10 minggu!Terdapat dalam BM dan English.

How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner

Selasa, Mac 29, 2011

Aplikasi Facebook vs iPhone vs Android

Facebook, iPhone dan Android merupakan platform yang berpengaruh dekad ini. Perbandingan aplikasi Facebook dengan aplikasi iPhone dan Android dilihat tidak kena disebabkan Facebook juga terdapat pada iPhone dan Android manakala iPhone dan Android merupakan aplikasi bergerak dan berdiri sendiri(independent). Namun,itu semua tidak menghalang kita layan info grafik di bawah ini.

facebook vs iphone vs android apps showdown
Infographic Brought to you By All Facebook
View Other Infographics

Isnin, Mac 28, 2011

Eksperimen augmented reality guna portable konsol Nintendo



Dulu saya pernah memaparkan artikel game augmented reality playstation NGP Kali ni saya jumpa video orang Jepun buat eksperimen menggunakan Nintendo 3DS (tak pasti DS atau 3DS) menjadikan Nintendo Mii besar sebesar robot gigantor dalam augmented reality (AR). Gigantor ini setinggi 18 meter dengan ratio 1:1,telah dibina di bandar Kobe sebagai tugu memperingati peristiwa gempa bumi 1995.


Mereka buat kira-kira untuk mendapatkan imej 3D sebesar gergasi robot ni dan telah menghasilkan imej kad AR daripada gabungan beberapa ratus keping kertas A4 yang dicetak sendiri dan dilekatkan.Layan video ni.

Ahad, Mac 27, 2011

PC Fair 2011 Kembali daa




Hai, ini berita terkini untuk peminat gadget dan komputer. PC Fair 2011 kembali dengan pelbagai twaran gadget dan komputer yang terkini. Di Kuala Lumpur, PC Fair akan diadakan pada 15-17 April 2011 di KL Convention Centre. Saya sertakan jadual PC Fair di lokasi selain Kuala Lumpur. 


25-27 February 2011
Melaka International Trade Centre (MITC), MELAKA [Layout Plan]
Click here, Shuttle Service Schedule New

 4-6 March 2011
Level 1, Persada Johor International Convention Centre, JOHOR BAHRU [Layout Plan]
Exhibition Hall 1, Sultan Ahmad Shah (SAS) Convention Centre, The Zenith Hotel, KUANTAN [Layout Plan]
Dewan Jubli Intan, MUAR [Layout Plan]

 10-12 March 2011
Kompleks Balai Islam, KOTA BHARU [Layout Plan]
Terengganu Trade Centre, KUALA TERENGGANU [Layout Plan]

 11-13 March 2011
LG Carpark Exhibition Hall, 1Borneo, KOTA KINABALU [Layout Plan]
Dewan Tunku, KOMTAR, PENANG [Layout Plan]

 15-17 April 2011
KL Convention Centre, KUALA LUMPUR
[Conference Hall 1-3] [Banquet Hall] [Ballroom][Exhibition Hall1 & 2] [Exhibition Hall 3] [Exhibition Hall 4 & 5]
Batu Pahat Mall, BATU PAHAT [Layout Plan]
Village Mall, SUNGAI PETANI [Layout Plan]
Permata Car Park, KUCHING [Layout Plan]
Dewan Masyarakat, TAWAU [Layout Plan]

 22-24 April 2011
Dewan Masyarakt, SANDAKAN [Layout Plan]
Miri Indoor Stadium, MIRI [Layout Plan]
Sibu Trade & Exhibition Centre, SIBU [Layout Plan]
Dewan Merdeka, SERI MANJUNG [Layout Plan]

 6-8 May 2011
Penang International Sports Arena (PISA), PENANG [Layout Plan]

 19-21 May 2011
Kelantan Trade Centre, KOTA BHARU [Layout Plan]

 20-22 May 2011
Stadium Indera Mulia, IPOH [Layout Plan]

Sumber: Pikom

Jumaat, Mac 25, 2011

Firefox 4 kalahkan IE9 dalam hari pertama muat turun


Mozilla telah melnacarkan Firefox 4 Web Browser telah dimuat turun hampir 7 juta kali di seluruh dunia hanya dalam masa 24 jam menurut berita. Jumlah itu adalah 3 kali ganda IE9 yang telah dimuat turun sebanyak 2.4 juta.
Namun, Firefox 4 masih belum dapat mengalahkan rekod lama Firefox 3 iaitu 8 juta kali muat turun pada hari pertama.Pelancaran Firefox 4 memberi saingan kepada IE9 dan Google Chrome.

Sumber:xinhuanet

Khamis, Mac 24, 2011

Angry Birds Rio for Free


Ramai yang ambil peluang untuk dapat Angry Birds Rio for freeeee pada 22 March 2011 untuk Android.Tapi malangnya bagi orang Asia, mereka tak dapat memuat turun game ni kerana hanya untuk US sahaja. Lihat sahaja gambar di bawah ni.

Selasa, Mac 22, 2011

Iklan Xperia Play terkini

Xperia Play iaitu Playstation Phone yang pernah saya cerita dulu kini iklannya dah ada di Youtube. Ia menggunakan Android OS dan boleh menggunakan 150 ribu aplikasi. Iklannya ada gimik yang menyeramkan siap dengan mata merah lagi. Namun, tetap menarik untuk ditonton.





Isnin, Mac 14, 2011

3 filem pendek paling menarik yang hanya menggunakan freeware

Tak semestinya mengggunakan freeware, kualiti sesuatu produk tu rendah dan tak ada nilai. Malah, kini freeware atau open source software seperti Linux telah berjaya membuktikan bahawa perisian percuma ni memang berkualiti dan boleh dipercayai. Kali ni Blender iaitu perisian modeler 3D telah membuktikan hasil kerja menggunakan perisian itu adalah sangat bermutu.

Saya telah memilih 3 filem pendek yang saya sifatkan paling menarik dihasilkan oleh perisian open source dan percuma iaitu Blender

Sintel



Big Buck Bunny


The Cup


The Cup from psl on Vimeo.

Sabtu, Mac 12, 2011

Bencana Tsunami 11 March 2011 di Japan di Youtube

Kita digemparkan dengan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac 2011.Mari kita lihat kekuasaan Allah yang Maha Agung ini di Youtube ni. Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala Richter telah mengegarkan utara timur Jepun,Sendai di Pulau Honshu. Semoga Allah melindungi negara kita daripada bencana yang dahsyat ini.







Jumaat, Mac 11, 2011

Cadangan laluan MRT di Kuala Lumpur di Youtube

Klang Valley Mass Rapid Transit Project (KVMRT Project) merupakan projek pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya di KL yang kian meruncing saban bulan.Video ni menunjukkan laluan MRT yang bakal dibina di kawasan yang strategik di Lembah Klang dalam bentuk grafik yang cantik dan menarik.

Rabu, Mac 09, 2011

Skim Rumah Pertamaku



Malam tadi saya tengok berita Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan.Ia sebenarnya sebahagian daripada Bajet 2011 yang telah diumumkan pada tahun lepas. Cuma baru ni je info ni dilancarkan. Skim ini bertujuan menarik golongan muda yang baru bekerja memiliki rumah pertama mereka dengan kelebihan 100% pinjaman. Gaji kasar yang layak menerima skim ini ialah RM3000 ke bawah.

Info lebih lanjut boleh layari www.srp.com.my. Menurut soalan lazim yang saya baca, hanya kakitangan swasta sahaja yang layak. Kalau bekerja sendiri tak layak. Maksudnya kalau tak ada slip gaji syarikat tak dapat la. Kalau kerja sebagai freelancer ke mungkin payah sikit kot.

Secara kasar, kriteria yang layak ialah umur 35 tahun ke bawah, rumah kediaman berharga antara RM100K hingga RM220K,tempoh pinjaman tidak lebih 30 tahun, sah dalam jawatan dan bekerja dengan syarikat tidak kurang 6 bulan. Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat( kata mereka).


Wallahua'lam.

Isnin, Mac 07, 2011

Sony PSP NGP-memang canggih!

Reality Fighters

Dulu saya pernah cerita pasal Sony PSP bakal keluar di pasaran dengan codename NGP. Hari ni saya terjumpa satu video di youtube yang memaparkan games-games yang bakal ada pada PSP NGP ni. PSP NGP akan keluar menggunakan skrin sesentuh (memang sudah menjadi kewajipan sebuah mobil elektronik) dan juga kamera depan dan belakang.



Kelebihan kamera depan belakang ni telah dimanfaatkan oleh pereka games untuk menghasilkan games yang lebih kreatif dan realistik. Antara games yang menarik perhatian saya ialah reality fighters,broken dan smart as. Ketiga-tiga games ni menggunakan kamera yang ada untuk menjana imej latar di games tersebut seolah-olah objek yang berada di dalam konsol tu benar-benar berada di depan kita! Jom kita layan video ni.

Ahad, Mac 06, 2011

Highly detailed Wall-E case mod



Ada seorang Rusia ni telah membuat casing komputer model Wall-E menggunakan besi sepenuhnya bermula dari scratch!Idea mengahsilkan casing ni timbul selepas menonton movie Wall-E, iaitu watak utama dalam filem Wall-E. Kat blog ni ada gambar langkah demi langkah bagaimana Wall-E ni dihasilkan.

Kalau tengok deretan gambar bagaimana casing ni dibuat memang menunjukkan dia ni seorang tukang besi yang mahir. Semuanya demi kepuasan maksimum terhadap pemiliknya.

Peringkat awal
Tayar saja
Sebelum cat
Hasil akhir

Source:englishrussia

Jumaat, Mac 04, 2011

Online grocery in Malaysia


 Hari ni saya terjumpa satu laman web jual barang macam yang ada kat Tesco dan Giant tu. Namanya www.doorstep.com.my. Laman web ni menjual barang keperluan harian. Kalau kita pergi Tesco tu, kan macam-macam ada. Tapi Doorstep ni versi online-pasaraya versi maya. Jadi,kepada suri rumah yang takut nak keluar rumah beli barang boleh je pesan barang di sini. Senang mudah. Ada promosi lagi.

Saya memilih laman web ni sebab laman web ni agak menarik(pada pendapat saya) dari segi rekabentuknya dan ada daya tarikan. Gambar besar,bawah gambar ada tanda harga yang jelas, ada facebook page dan warna yang simple.Saya buat perbandingan dengan pesaingnya yang rata-rata tidak ada semua tu.Apa yang harus dilakukan?

Khamis, Mac 03, 2011

iPad 2 diumumkan akan berada di pasaran 11 Mac



Akhirnya penantian peminat Apple berakhir. iPad 2 telah diumumkan. Pelbagai spekulasi ada mengenai iPad 2.Seperti yang dijangka oleh geek komputer, iPad 2 yang terbaru mempunyai kamera depan dan belakang untuk tujuan komunikasi menggunakan aplikasi FaceTime. Namun tak ada USB port atau tempat SD memori.

Tidak banyak perubahan yang dibuat Apple terhadap iPad 2. iPad 2 hanya berubah dari segi ketebalan yang kini kurang 1/3 daripada iPad yang pertama, kelajuan iaitu menggunakan A5 Dual Core dan ada smart cover. iPad 2 menyediakan port untuk melihat di skrin HDTV.  Apa yang sama?

Selasa, Mac 01, 2011

Carbon Neutral Eco Village di Haiti berkonsepkan terumbu karang



Vincent Callebaut yang telah mengilhamkan Lilypad telah menghasilkan satu lagi projek konsep eco-utopian bagi penduduk Haiti.Reka bentuk bangunan adalah ilham daripada terumbu karang dalam bentuk matrik untuk 1000 orang keluarga.

Setiap rumah akan ada tempat untuk bercucuk tanam dan dipenuhi dengan ekosistem tropika untuk flora dan fauna.Tenaga yang dihasilkan di sini didapati daripada pelbagai sumber seperti ombak,vertical axis turbin dan solar.



Sumber:inhabitant