Isnin, Februari 28, 2011

Tonton video tanpa putus dengan Multiparttube

Youtube mempunyai had durasi video iaitu selama 15 minit sahaja.Jadi,bagi sesiapa yang nak muat naik video perlulah pecahkan video mereka kepada beberapa bahagian.Namun,kini terdapat aplikasi iaitu Multiparttube yang membenarkan kita menonton video tanpa rasa video tu terpotong antara bahagian pertama dan kedua.

Multiparttube merupakan extension kepada Chrome iaitu browser Google dan hanya terdapat pada browser Chrome sahaja.Caranya mudah saja. Sila baca langkah-langkah seterusnya.

Langkah 1: Buka google Chrome dan cari Multiparttube di google. Anda akan jumpa laman seperti di bawah.Klik butang Install yang berwarna BIRU.

 Langkah  2: Kemudian pop-up window akan keluar seperti di bawah. Klik Install.

Langkah 3: Selepas Install, cari Extension menu pada Tools untuk memastikan Multiparttube telah diinstall.

Langkah 4: Anda akan dapati multiparttube extension telah diinstall. Di sini, anda boleh uninstall balik jika tak memerlukannya lagi atau disable.

Langkah 5:Selepas itu, cari klip video yang terbahagi kepada bahagian-bahagian seperti contoh di bawah.Klik Play all video yang dipetakkan berwarna merah.

Langkah 6: Contoh setelah klik Play of <number> video.

Ahad, Februari 27, 2011

Kronologi sejarah komputer

Setiap dekad mempunyai sejarah tersendiri tentang komputer. Kronologi ni bermula dari dekad 1940-an sehingga kini.Daripada zaman perang sehingga kini, ia sangat menarik untuk dibaca.


Fan made video mengenai iPad 2

Bila iPad 2 dikatakan akan diumumkan pada Mac ni, jadi ramai peminat mula berfikir bagaimana rupanya iPad 2 nanti. Ada peminat yang menggambarkan bukan-bukan pasal iPad 2. Malah ada yang buat klip video parody mengenai iPad 2 yang bakal keluar.

Video pertama ni mengenai alat peranti 27 inci yang mempunyai fungsi pelbagai dan ada yang fungsi yang tak masuk akal.Mula-mula penerangan dia nampak macam ok,bila start masuk edit video automatik tu dah mula lawak gila.

Video kedua ni menggambarkan iPad 2 macam alien bermata satu yang menyerang bandar.Siap efek yang melampau kot



Sabtu, Februari 26, 2011

Video kreatif bersama Mat Luthfi

Selalunya kita selalu tengok kawan-kawan kita upload foto yang ditangkap menggunakan DSLR kat facebook.Macam-macam stail ada. Lama-lama bosan. Tapi ada sorang ni menggunakan nama Mat Luthfi menggunakan video menghasilkan klip yang sangat unik dan kreatif.

Yang syoknya klip video ni memang kelakar dan original. Hanya menggunakan diri sendiri sebagai pelakon, dia melakonkan pelbagai watak dalam satu klip. Dengan gelaran nama Mat Luthfi, dia menggunakan seorang jurukamera dan seorang lagi pembantu. Banyak lagi klip video yang beliau dah muat naik yang bakal mengeletek buah pinggang anda.





Klip bawah ni yang paling banyak orang layannnn..

Jumaat, Februari 25, 2011

Lagi kreativiti bersama Angry Birds

Sebelum ni, saya pernah hantar artikel pasal Angry Birds yang comel tu. Kini, saya menjumpai Angry Birds yang 'bermain secara live action'. Watak-watak Angry Birds telah dibuat daripada kek. Tapi yang tak syoknya makanan buat permainan. Bagi kat orang miskin lagi bagus. Kira kali ni kreativiti tak bertempat la ni. Kek ni dibuat sempena hari jadi anaknya. Korang janganlah ngajar anak buat benda bukan-bukan macam dalam video ni. Apapun kita layan jela dulu atas nama kreativiti.

Rabu, Februari 23, 2011

Facebook Breakup Notifier-melihat status perhubungan kawan

Al-kisah ada sorang mat saleh ni namanya Loewenhertz, terdengar perbualan tunangnya dengan bakal mak mentua tentang adiknya yang sedang mencari pasangan. Lalu dengan cara bergurau,Loewenhertz mengatakan samada bakal adik iparnya tu nak tau status perhubungan seseorang yang dia minat. Lalu timbul idea buat aplikasi ni.Namanya Breakup Notifier App.

Aplikasi ni menyebabkan kita yang menggunakannya tahu sape-sape yang dah putus hubungan. Tapi kat Malaysia ni,terutama orang Melayu ni payah sikit nak putus-putus ni. Terutama jika dah bekerja dan berkerjaya.Kalau dah bercinta masa ni memang cepat je kahwin. Kebanyakannya dua tahun bekerja dah kahwin. Kalau masa belajar,kemungkinan untuk putus hubungan tu masih ada.

Mungkin ada baik buruknya aplikasi ni. Kalau jenis mengharap kasih yang satu tu, mau hari-hari refresh laman Facebook nak tengok status hubungan yang dia minat. Jadi, kata Loewenhertz aplikasi ni boleh membantu.Aplikasi ni boleh bagi notification tentang perubahan status seseorang yang kita minati. Kalau dulu single, mungkin pastu in relationship atau married. Begitu juga sebaliknya. Macam mengintip lak rasanya.

Saya rasa aplikasi ni sesuai untuk wartawan artis yang suka menyibuk tentang status perhubungan sorang artis yang dia sedang intip. Bolehla cuba. Hahaha.

Isnin, Februari 21, 2011

Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad

Saya di sini merujuk kepada kita la, bukan saya secara individu. Setiap pembelian kita kena tahu kenapa kita beli barang tu terutama orang yang gaji cukup makan macam saya ni. Pada tajuk tu saya dah senaraikan alat peranti yang paling popular pada masa kini iaitu iPhone,iPod Touch dan iPad. Kenapa kita perlu dan beli iPhone atau iPod atau iPad tu ha?

Hari ni saya tolong anda buat keputusan. Semua alat ni ada fungsi masing-masing. Jadi, beli jika anda:

iPhone
-mahukan pelayar web bersaiz poket dan melayari internet di mana saja.
-mahu menggunakan telefon yang cool
-mahu bertwitter atau FB atau main game yang menarik
-mahu kamera pada masa yang sama
-mahu GPS

iPod Touch
-mahukan muzik berpanjangan
-tak perlukan internet sangat(bukan jenis internet addict)
-nak main game
-tak nak terikat denga kontrak Plan Data

iPad
-mahu jadikan iPad sebagai pengganti dekstop anda
-mahu membaca buku digital
-dah boring guna laptop
-boleh layan video banyak-banyak
-kepuasan melayari internet sebab skirn besar

iPod Touch tak banyak bezanya dengan iPhone. Jika anda mahukan segalanya selain fungsi telefon, jadi lebih baik guna iPod Touch. Lebih nipis daripada iPhone. Tapi siapa yang boleh berpisah dengan handphone. Kalau takde handphone atau handphone tertinggal di mana-mana, boleh mati kutu oo.

Ahad, Februari 20, 2011

10 Tips ubahsuai Facebook yang mungkin kita tak tahu

1. Sorok news feed yang kita tak nak
Kadang-kadang ada kawan-kawan kita yang suka update status setiap jam sekali menyebabkan status update kawan-kawan kita yang lain pun terjumpa.Biasanya kawan-kawan kita yang berniaga internet ni la.Caranya mudah saja. Klik pangkah pada status update dia dan kita akan jumpa Hide all by <nama kawan>.Kalau orang tak dikenali, 'Mark as spam' je. 


Sabtu, Februari 19, 2011

Kreativiti bersama Angry Birds


Angry Birds merupakan aplikasi paling banyak dimuat turun di UK App Store pada February 2010 dan mencapai tahap tertinggi di US App Store pada musim luruh 2010 sehingga Oktober 2010. Versi percuma edisi terhad sahaja telah dimuat turun 11 juta kali manakala versi berbayar telah dimuat turun 7 juta kali untuk Apple iOS. Itu belum lagi versi Android.

Populariti game Angry Birds ni telah menyebabkan ramai yang berkreativiti menggunakan watak Angry Birds.Ada yang menggunakan kraf kertas untuk membuat animasi, ada yang menghasilkan kek,bento,lego dan syarikat Rovio ada juga menjual soft toy watak Angry Birds. Untuk memperkenalkan watak Angry Birds ni, mari kita layan dua trailer Angry Birds yang menarik ni.

Khamis, Februari 17, 2011

Menghasilkan profile Facebook yang lebih kreatif

Anda mahu profile anda lebih cool dan kreatif? Mungkin anda pernah tengok gambar di bawah. Sejak Facebook melancarkan profile terbaru, terdapat orang yang mencipta profile mereka supaya lebih cantik dan cool.

Macam mana mereka lakukannya? Jawapannya mudah sahaja. Terdapat aplikasi Facebook yang mampu melakukannya iaitu FBPhotoMagic. Ikuti workshop ini.

Rabu, Februari 16, 2011

5 laman web carian kerja paling popular di Malaysia

Ini senarai laman web mencari pekerjaan paling popular di Malaysia mengikut jomsurf. Biasanya laman web nilah yang menjadi sasaran graduan yang baru lepas habis belajar mahupun sudah mendapat kerja tapi nak bertukar kerja. Pelbagai profesion yang ditawarkan di laman web ini. Apa yang kita harus lakukan hanyalah mengemaskini resume kita dan daftar nama kita dalam laman web ini untuk masukkan resume tu ke dalam laman ini. Ada banyak sebenarnya seperti Jenjobs,SPA dan lain-lain. Tapi kita senarai lima saja supaya tak pening nak maintain profil kita di setiap laman web.

Jobstreet
Jobstreet boleh dikatakan paling popular di Malaysia.

Monster

Jobsmalaysia
Laman web adalah kepunyaan kerajaan Malaysia dalam usaha memberi pekerjaan kepada rakyat.

JobsDB

Star Jobs
Ramai pencari kerja suka buka surat khabar the Star hari sabtu. Tapi sebenarnya ada je laman webnya.

Selasa, Februari 15, 2011

Tricky Waterfall Escher from Youtube


Waterfall Escher, dilukis oleh seorang artis berbangsa Belanda.Lukisan itu menunjukkan imej paradox di mana air mengalir dari bawah menuju ke atas dan menjadi air terjun dan kemudian mengalir semula ke atas sehingga menghasilkan infiniti cycle.(boleh rujuk wikipedia)

Ia boleh dikatakan rajah impossible triangle dan kalau kita tengok lukisan asalnya pun pening. Namun, bila munculnya Youtube, ada seorang mat salleh ni cuba membuktikan Waterfall Escher ni benar-benar terjadi. Jika kita tengok video tu, semuanya nampak begitu lancar sekali seolah-olah tiada sebarang penyuntingan video tersebut. Betul ke?

Jom layan video di bawah dan cuba tengok betul-betul, ia betul-betul tricky.



Macam mana dia buat?Teknik CGI ke?Tapi ni video amatur je.Ada antara komentar yang memberi jawapan yang menarik. Klik baca lagi untuk mendapat jawapan.

Ahad, Februari 13, 2011

Taman Tema Warcraft dan Starcraft dibuka di China

Ya,ini bukan cobaan,ini betul-betul.Bayangkan anda main games Starcraft dan Warcraft, tiba-tiba dunia games tu menjadi realiti.Tentu teruja bukan.

Sebuah taman tema berkonsepkan games Warcraft dan Starcraft sedang dibina di China dengan nama Joyland World.Mula-mula ingatkan taman tema tu sepenuhnya berdasrkan games tu tapi bukan sepenuhnya berdasarkan games Blizzard tu,mungkin ada sub-park yang menggunakan tema tu.

Tapi idea tu sangat bagus.Kalau mereka betul-betul wujudkan taman tema tu sekali dengan watak-watak games,saya rasa saya pun nak pergi ke sana.Macam Disneyland.
Sumber: gameblog

Sabtu, Februari 12, 2011

Jangan guna Photoshop untuk Web Design

Wow,tajuk ni agak kasar tapi saya sebenarnya nak cerita kenapa Photoshop tak sesuai untuk mereka bentuk laman web.
Jadi aplikasi apa yang sesuai untuk rekabentuk laman web?Jawapannya Fireworks.

Dua aplikasi Photoshop dan Fireworks ni direka untuk melakukan dua pekerjaan yang berlainan.Photoshop dicipta untuk melakukan penyuntingan gambar.Manakala Fireworks dicipta untuk menghasilkan screen layout. Jadi,adalah tidak efisen kalau kita guna Photoshop semata-mata untuk menghasilkan satu rekabentuk laman web.

Namun,jika anda seorang yang mahir,pastinya anda menggunakan kedua-duanya secara serentak demi menghasilkan rekabentuk yang marvelous dan menjeleskan semua orang.Fireworks mempunyai ciri-ciri yang memudahkan kerja seorang pereka laman web. Kita layan video di bawah tutorial Fireworks.


Adobe Fireworks CS5 Webdesign Workflow Tutorial from Andre Reinegger on Vimeo.

Khamis, Februari 10, 2011

HP keluarkan tablet TouchPad

Sekarang ni, semua syarikat elektronik berlumba-lumba nak keluarkan tablet. HP juga tidak ketinggalan. Ketika banyak syarikat menggunakan Android yang percuma tu untuk tablet mereka, HP keluarkan TouchPad dengan menggunakan WebOS sebagai sistem operasi untuk tablet mereka.
Kredit gambar-cnet

HP yang berpengalaman mengeluarkan Palm Tre 3 menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon dual-core 1.2GHz,mempunyai hanya 1 kamera 1.2 Megapixel di hadapan.Ciri-ciri yang tak ada pada tablet lain ialah TouchPad boleh menyeragamkan apa yang ada padanya dengan Palm Pre 3. Sebagai contoh,jika kita buka URL pada TouchPad,tiba-tiba kita terpaksa keluar rumah.Jadi,dengan menyentuh Palm Pre 3 tu pada TouchPad,secara automatik Palm Tre 3 kita tu buka URL yang sama dengan TouchPad.

Rekabentuk tablet HP ni memang macam nak sama dengan iPad.Cuma yang tak syoknya ialah TouchPad ni menggunakan WebOS iaitu OSnya sendiri.Kenapa tak syok?Sebab banyak aplikasi tak support lagi.Kalau guna Android kan bagus.Macam-macam aplikasi ada.Percuma lagi.

Ini ibarat macam Playstation,Wii dan XBOX 360.Game XBOX tak boleh main kat playstation sebab platform tak sama.Begitu juga dengan konsol yang lain.Kalau banyak syarikat tak nak buat aplikasi untuk kita punya platform,tak banyakla pasaran kita.

Apapun,ini satu lagi tablet yang bakal menyaingi iPad. Layan demo di bawah daripada Cnet.com.

Isnin, Februari 07, 2011

Sony keluarkan PSP dengan codename NGP



Dua minggu lepas saya ada cerita pasal PSP phone. Tak lama lagi Sony akan keluarkan PSP versi terbarunya dengan codename NGP. NGP tu singkatan daripada Next Generation PSP.

Ciri-ciri yang menarik ialah PSP ni menggunakan pemproses quad-core ARM Cortex-A9, 5 inci skrin sesentuh,dua kayu analog,3G,Wifi,GPS,kompas elektronik,kamera depan belakang.Wow!

Selain itu,games UMD takkan digunakan untuk PSP versi ni.Setakat ni ia masih misteri.Keluaran PSP NGP ni akan menghangatkan lagi dunia portable konsol selepas Nintendo DS keluarkan 3DS.Antara games yang telah dibuat demo seperti Killzone,Resistance,Little Big Planet dan Uncharted. Untuk lebih jelas dan terang gambarnya klik kat sini.

Sabtu, Februari 05, 2011

10 laman tutorial photoshop yang menarik

Kini,kita boleh belajar photoshop dengan sendiri melalui laman web. Tak susah sebenarnya belajar photoshop. Yang penting kena ada kemahuan dan kesabaran.Yes,hari ni saya ada senaraikan 10 laman web tutorial photoshop yang boleh anda pelajari sendiri tanpa perlu ke kelas.

psd.tutsplus- Laman web yang tidak asing lagi. Pelbagai teknik yang ditunjukkan dalam laman web ini.Ada teknik yang percuma untuk dipelajari dan ada yang kena langgan(bayar).Takpe,tak rugi melabur sikit untuk ilmu.

smashingmagazine - Laman web ni bukannya semata-mata tutorial Photoshop, tetapi untuk pereka grafik. Jadi, selain Photoshop, terdapat juga tips,ikon dan sewaktu dengannya.

tutsarena - Laman web sangat menarik untuk dilawati kerana terdapat tutorial yang terperinci jalan ceritanya (pada pendapat saya).

sifoo - Dulu, sifoo merupakan laman web tutorial photoshop, tapi kini telah bertukar menjadi forum photoshop dan anda perlu daftar sebelum dapat menuntut ilmu dari sifoo.Ini laman web versi Bahasa Melayu.

Khamis, Februari 03, 2011

Cara melindungi hak cipta gambar

Macam mana nak lindungi hak cipta gambar kita?Yela,dah tangkap gambar cantik-cantik guna kamera mahal takkan nak bagi free je gambar kita tu ye tak?Senang je, caranya ialah dengan meletakkan watermark pada gambar kita tu.Ada banyak cara nak letak watermark pada kita punya gambar. Kita boleh menggunakan photoshop atau menggunakan online tool. Hari ni saya nak tunjukkan online tool yang kita guna iaitu watermarkingtool.com.

Watermarkingtool ada dua versi, free dan berbayar. Kalau free, boleh upload gambar sehingga 200KB dengan jumlah maksimum gambar 10. Sikit kan?Kalau berbayar, saiz gambar boleh sehingga 10MB. Kat sini saya letakkan jadual perbezaan yang percuma dengan berbayar.


Feature Free WMT Plus!
Upload Size (per file) 200KB 10MB
Image Watermarks No Yes
Download Files as Zip No Yes
Saved Settings No Yes
Priority Support No Yes
Cost Free $4.95/month or $49.95/year

Langkah-langkahnya mudah saja.
  1. Upload atau muat naik gambar yang nak di-watermark.Maksimum 10 gambar dengan saiz 200KB.
  2. Taipkan teks watermark. Kalau versi berbayar, kita boleh muat naik gambar/logo trademark yang nak dijadikan watermark.Kalau versi percuma,hanya sekadar teks. Jadi,tak boleh nak letak logo.
  3. Kemudian,klik kanan Save As gambar kita muat naik tu.
Selamat mencuba!