Ahad, Januari 30, 2011

8 tips yang cool tentang Facebook status

Facebook adalah aplikasi web yang paling interaktif pada masa kini. Facebook bukan sahaja untuk bersosial tetapi sangat fleksibel dan banyak aplikasi menyokongnya. Status update merupakan ciri menarik facebook. Ia cepat dan dipaparkan sebaik sahaja dikemaskini.



1. Tambah Dislike option pada status update kita
Setiap kali kita kemaskini status kita, mesti ada butang Like.Bukan sahaja status,kat foto,aplikasi dan merata-rata la ada butang Like. Tapi kalau kita tak suka atau benci dengan status kita, takkan kita nak Like jugak.

Ada caranya untuk customize status.Dengan menggunakan Status Magic, kita boleh tambah Dislike,Hate atau Love,LOLz dan macam-macam butang.

2.Tag orang pada status update

Katakan anda nak kemaskini status atau cakap berkenaan dengan orang yang ada akaun facebook.Contohnya 'Saya keluar makan bersama Abu Bakar dan Ahmad'. Taipkan '@' pada status bar dan taipkan nama Abu Bakar, secara automatik facebook akan senaraikan nama tu.

Jumaat, Januari 28, 2011

Geniuskah anda?



Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Pepatah daripada Thomas Edison berbunyi “Genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration.” Sekiranya itu benar, kita semua punyai potensi menjadi seorang genius!
Bagaimana caranya? Tidak sesusah yang disangkakan. Dengan hanya mengikut 3 perwatakan seseorang genius, anda juga boleh menduplikasikan diri anda menjadi genius.

Perwatakan genius #1

Seseorang genius mempunyai daya fokus yang amat tinggi. Apabila berdepan dengan sesuatu kerja, masalah atau isu, pemikiran yang tajam diletakkan 100% pada masa itu untuk menyelesaikannya. seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu. Ini bermakna, ketika melakukan sesuatu, tumpukan 100% perhatian kepada perkara tersebut- tanpa memikirkan benda lain yang hanya menganggu momentum kita melakukan kerja.

Khamis, Januari 27, 2011

Playstation Phone terbongkar

Kini, Sony Ericsson telah mendedahkan hanphone terbaru keluaran mereka yang menggabungkan PSP Go dengan handphone dan menamakannya sebagai Xperia Play. Dengan menggunakan codename "Zeus", Xperia Play menggunakan 4 inci multi-touch 854 x 480 skrin.  Ura-ura dikatakan Xperia Play dikuasakan oleh enjin Bravia untuk video playback yang lebih lancar.
Kredit-engadget

Pendekkan cerita, kebanyakan game yang dicuba iaitu Ridge Racer Revolution, Tony Hawk's Pro Skater 4, Gundam Battle Assault 2, and Super Mario Bros. 4, kesemuanya berjalan dengan baik. Ditambah dengan 8 MP dan Android OS, pastinya ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya jika keluar di pasaran.

Sumber: engadget

Rabu, Januari 26, 2011

Iklan Internet di awal 90-an

Di awal pengenalan Internet,terdapat syarikat komputer yang menawarkan pelbagai servis berkaitan komputer seperti Internet,ISP dan lain-lain.Kat negara kita boleh dikatakan tak ada pun iklan tu.

Kini, dengan adanya Youtube,kita boleh buka semula video iklan lama berkaitan Internet. Iklannya memang klasik dan kita pun pada masa itu tak dapat bayangkan masa depan Internet akan menjadi canggih seperti sekarang ni. Dengan hanya memakan masa 20 tahun, segalanya telah berubah. Kini, kita menggunakan Internet bukan sahaja untuk mendapat maklumat, tetapi juga untuk bersosial dan membuat bisnes. Jom layan video ni!

Prodigy-1990



Compuserve-1991


AOL-1995




Comedy Central-1996



Pets.com




Sumber asal: dvice.com

Ahad, Januari 23, 2011

Tips turunkan berat badan

Tidak lama dulu, masa saya baru masuk syarikat yang saya bekerja sekarang ni, saya ada la masuk pertandingan fitness apa ntah. Objektif pertandingan tu ialah turunkan berat badan paling kurang 1 kg dalam masa 14 hari. Tapi pertandingan ni dalam kumpulan seramai 3 orang. Jumlah penurunan maksimum adalah 10kg. Kalau lebih daripada tu kira tersingkir la. Syarat nak masuk BMI lebih daripada 23. BMI saya lebih sikit dalam 0.3, jadi layak la masuk.

Jadi demi mencapai matlamat, terpaksala buat sesuatu. Badan saya susah nak turun sebab tak berat sangat. Kalau badan memang besar, mungkin senang kot. Berikut tips yang saya amalkan.

Tindakan pertama saya ialah beli conflake yang untuk fitness tu. Memang tu pun sebabnya pertandingan itu diadakan. (supaya orang kena beli conflake dia). Jadi makanlah conflake tu sarapan pagi dan malam. Conflake tu agak mahal dalam RM11-12, tapi kalau makan, bolehla kenyang(pendapat saya la) kalau nak banding conflake yang harga RM6++ tu.

Jumaat, Januari 21, 2011

8 tip mudah untuk hidup yang mewah

Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Tak perlu kopi & rokok!

OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?
Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.


2: Potong kad kredit

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.
Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

3: Jaga emosi

Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.
90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi”!



4: Pakar 1 topik kewangan

Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.
Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.

Isnin, Januari 17, 2011

4 Cara nak layari internet dengan selamat


Selepas kita tahu ancaman semasa layari internet, apa yang kita harus lakukan ialah

Sentiasa update patch
Kalau anda menggunakan Windows original, bolehlah anda muat turun security patch yang ada dalam website Windows tanpa rasa ragu dan segan. Kalau jenis pirated, tak dapatlah nak download patch. Sebab kita tahu Windows sentiasa terdedah kepada ancaman hackers dan virus sejak mula dicipta.Namun, ia tetap popular sehingga sekarang.  

Cipta password yang selamat -  boleh tengok Post sebelum ni
Kalau boleh, buat password menggunakan gabungan huruf,nombor dan simbol. Sesetengah laman web, semasa daftar tu, tak kisah pun kita nak buat password macam mana. Contohnya yahoo atau gmail. Tapi kita kena biasakan diri membuat password menggunakan gabungan huruf dan nombor (paling kurangla).

Kemaskini antivirus
Biasanya antivirus kini adalah auto-update sebaik sahaja kita online. Tapi sekiranya setting pada antivirus tu bukan auto-update, kenalah update secara manual.

Hati-hati –umpama memandu di jalan raya
Kita layari internet umpama memandu di jalan raya. Kena berhati-hati sebab internet ni ibarat perhubungan tanpa batasan. Kita  kena tahu penggunaannya dengan betul dan apa yang tak betul.

Ahad, Januari 16, 2011

13 ancaman terkini website


Internet merupakan pusat maklumat tidak bertepi. Berjuta-juta website terdapat di internet dan sudah tentu ada bahaya yang menanti jika kita sendiri tidak tahu apa dia ancaman yang mendatang. Sebagai pengguna novis, biasanya kita install perisian antivirus untuk menangkis ancaman. 

Tapi sedikit sebanyak kita kena tau apakah ancaman itu supaya kita tak tersalah muat turun perisian. Sebelum tu, saya nak bagitau kenapa kita kena elak ancaman tu. Semuanya disebabkan keselamatan data. Contoh maklumat yang perlu dilindungi ialah
  • ·         Maklumat peribadi seperti nombor kad kredit
  • ·         Gambar peribadi yang tidak boleh ditengok
  • ·         Hasil karya seperti penulisan,seni grafik,video,skrip
  • ·         Dokumen peribadi seperti slip gaji (kalau pdf),tesis yang belum dipresent,kertas kerja bida projek
  • ·         Email
Banyak lagi contoh yang anda sendiri boleh kategorikan. Di sini saya senaraikan dari mana bahaya tu datang. 

Khamis, Januari 13, 2011

Perisian ebook yang menarik untuk dicuba minggu ni


Anda seorang yang suka baca ebook? Mungkin sesetengah orang tidak, tapi ada orang suka sebab ebook ni biasanya murah (kadang-kadang lebih mahal daripada buku biasa)dan boleh didapati dengan percuma.
Saya antara orang yang sukakan ebook. Kalau ebook saya dicetak, mungkin bilik saya penuh dengan buku je. 

Sebab tu saya teruja cerita pasal tablet iPad. Dulu masa Pesta Buku Antarabangsa, saya mesti beli buku, pastu tak baca sangat. Selepas tu saya berhenti beli buku (kategori yang tak baca sangat dan terlalu ilmiah).
Sekarang macam-macam perisian nak uruskan ebook ada. Ada yang percuma dan ada yang tidak. Hari ni saya nak bagitau yang percuma saja. Muat turun dan install pada PC.

Isnin, Januari 10, 2011

Tips Memilih nama yang baik untuk produk atau domain

Ni adalah nasihat untuk para peniaga atau sesiapa yang berminat untuk membuka blog. Sememangnya nama produk tu sangat penting agar supaya orang mudah ingat. Nak bagi nama kepada anak pun kena baik-baik, nak bagi produk atau domain apatah lagi.

Korang mesti tanya apa yang saya membebel ni? Ni kesnya. Aku terbaca blog Aidid Muaddib mengenai produk Dr Jism mengenai maksud JISM tu sendiri. What? Maksudnya adalah air mani? Err, aku pun tak sanggup nak sebut. Tapi aku pun search dalam internet untuk mencari kebenarannya dan hasilnya tengok gambar di bawah.
Klik gambar untuk besarkan

Tapi sebelum diorang nak bagi nama, diorang tak cari ke maksud perkataan tu? Kalau tengok kamus kecik saya tak pasti boleh jumpa ke tak sebab perkataan tu adalah informal word dalam English bagi air mani. Buat malu kaum je. Saya tak mau komen mengenai produk mereka boleh caya ke tak sebab bukan keje saya nak kaji benda-benda tu.

Tips hari ni- kalau nak pilih domain atau nama produk carilah maksudnya dalam internet. Banyak kamus online ada. Tak kira dalam English ke apa ke nama produk atau domain anda pastikan maksudnya tidak pelik.

Tips kedua,jika anda memlilih domain, pastikan gabungan perkataan tu tak nampak kelakar bila dieja. Contohnya, laman web www.speedofart.com. Asalnya perkataan tu adalah speed of art. Tapi bila gabungkan untuk jadi nama domain, jadilah speedo-fart.  

Ahad, Januari 09, 2011

Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik


Macam-macam cara website nak menarik ramai pelanggan. Banyak yang ok cara pengiklanannya dan ada juga yang main trick-trick ni. Hari ni saya akan membongkarkan rahsianya.

Install perisian toolbar

Kalau kita biasa muat turun perisian (biasanya yang percuma), kadang-kadang kita leka dengan klik NEXT-NEXT tanpa menyedari sebenarnya kita terinstall perisian toolbar untuk browser kita.

Download link yang besar

Biasanya terdapat di laman web download. Tapi sebenarnya ia adalah iklan je. Jadi, hati-hati. Tapi kalau terklik pun tak mati, takde meletup PC tu.

Menyusahkan kita untuk tutup page dia

Biasanya laman web adalah laman web internet marketer. Laman web mereka ni biasanya menjual ebook,tips,video dan macam-macam la.Biasanya dia akan mintak kita daftar atau langgan laman web dia, kemudian redirect ke laman web marketing dia. Kalau kita sekadar tengok je, kemudian tutup, nanti keluar pop-up macam-macam rayuan /offer dia bagi. Biasala, nak cari makan. Takkan nak biar pelanggan pergi begitu saja.

Sabtu, Januari 08, 2011

2011- Dekad untuk tablet PC

Sejak Apple melancarkan iPad, semua pemain industry elektronik berlumba-lumba memperkenalkan tablet  seumpama IPad. Seolah-olah setiap dekad ada berlaku revolusi teknologi. Masa awal 90-an, pada masa tu PC atau Personal Computer semakin mendapat tempat di hati pengguna, internet mula diperkenalkan. Perisian OS seperti mendapat sambutan sehingga menjadikan Bill Gates terkaya selama beberapa tahun.

Dekad 2000-2010,hanphone dan laptop mula mendapat tempat. Masa tu, pelajar university pun mampu pakai hanphone. Sekarang ni bukan je pelajar, budak kecik pun ada hanphone. Daripada hanphone takde warna sampai ada warna. Kini, laptop pun mampu dimiliki berbanding awal pengenalannya.

Bukan zaman dekad 2000-2009 takde tablet,tapi tak mendapat sambutan. HP pernah perkenalkan tablet. Tapi masa tu orang tak rasa ada keperluan sebab pada masa tu PDF tak berapa popular dan

Selasa, Januari 04, 2011

Macam mana nak tambah emoticon dalam sametime

Hari ni saya dapat idea macam mana nak tambah emoticon dalam sametime setelah beberapa kali baca Help file. Tapi cara saya ni hardcode sebab memandangkan saya tak jumpa Emoticon Palette pada panel Preference berdasarkan Help file.

Step 1:
Katakan saya ada emoticon asas pada Sametime ni seperti contoh di bawah. Tapi kawan saya ada emoticon Onion yang comel tu.Dapat menunjukkan expresi yang menarik bila berchatting.

Isnin, Januari 03, 2011

Angry Birds akan keluar versi PC

Rovio Mobile telah keluarkan games mobile paling popular, Burung Marah a.k.a Angry Birds versi PC Game pulak. Versi PC ni berbeza dari segi resolusi la. Kalau skrin 22 inci tu boleh hadap puas-puas game tu ye tak banding iPhone.

Setakat ni game ni telah dimuat turun sebanyak 50 juta daripada pelbagai jenis mobile platform macam iPhone dan Android dan lain-lain.

Game ni ala-ala Worms gitu. Ketagih woo kalau main. Dulu masa saya student kat kolej, seronok main game worms. Lagi seronok kalau main network. Angry Birds ni berkisarkan burung yang marah kepada kumpulan Pig sebab curi telur diorang. Korang tengok trailer yang menarik ni.