Selasa, November 30, 2010

Kini iPad dijual di pasaran Malaysia

Akhirnya iPad berada di pasaran Malaysia!Lama peminat-peminat Apple Malaysia menunggu. Ada yang sanggup pergi beli kat oversea. Terdapat dua jenis iPad iaitu iPad +Wifi dan iPad+Wifi+3G. Bagi harga iPad+WiFi:
  • RM1,549 (16GB)
  • RM1,849 (32GB)
  • RM2,149 (64GB)
Bagi iPad+WiFi+3G
  • RM1,999 (16GB)
  • RM2,299 (32GB)
  • RM2,599 (64GB)
Menurut the Star, dikatakan iPad yang jual di Malaysia ni  paling murah di dunia. Maxis pulak mengumumkan pelan data untuk iPad yang mempunyai WiFi+3G. Memang dijangka hot. Tapi tak lama lagi, iPad 2 akan keluar di Quater 1 2011. Apa ni! Kita baru dapat beli iPad 1 dah nak kuar iPad 2 lak.

iPad 2 ada USB?

Ada ura-ura yang mengatakan iPad 2 yang bakal keluar pada Q1 2011 mempunyai USB port untuk peranti external. Ura-ura ni datang daripada berita Economic Daily News yang menceritakan iPad 2 yang bakal mempunyai ukuran 7 inci sahaja dan mempunyai kamera depan dan belakang. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Ahad, November 28, 2010

Youtube vs Vimeo



Youtube, satu portal yang menyimpan koleksi video yang tidak asing lagi bagi kita. Malah ada yang ketagih dengan youtube ni. Vimeo, sama seperti Youtube dan banyak koleksi video tapi tak sama dari segi ciri-ciri yang menarik perhatian penonton web. Mari kita mulakan perbandingan dengan design.




Sabtu, November 27, 2010

Part 2: Cara nak speed up Windows 7

Sambungan dari post yang lalu, aku dah cerita 6 tips nak speed up Windows 7.
Ini adalah sambungannya.

7.Uninstall program. Program yang aku maksudkan kat sini ialah program yang ntah apa-apa ntah yang ter'install' dalam komputer anda. Biasalah, kadang-kadang anda nak rip audio sekali sekala,atau anda nak cuba satu perisian tu selepas tu tak guna pun. Jadi,uninstall la program yang tidak digunakan lagi tu. 

8.Scan virus. Mungkin juga komputer anda slow sebab ada virus. Jadi, pastikan komputer anda install dengan antivirus. Di sini aku takde la nak cadangkan antivirus apa yang harus dipakai. Walaupun ada pendapat kata,diorang tak suka install antivirus sebab komputer jadi slow, tapi kena pakai antivirus der. Zaman sekarang ni virus bukan main banyak lagi.

9. Tukar power setting. Ini tidak sesuai jika anda seorang pengguna laptop. Cepat habis bateri. Ok, anda boleh pergi ke Control Panel->Performance Information and Tools.Pilih Adjust Power Setting. Anda klik Show Additional Plan dan check radio button High Performance.

10. Remove files kat Desktop. Aku fikir ramai gak orang yang hobinya suka Save File kat Desktop. Kadang-kadang sampai penuh skrin 22 inci tu. Jadi, maksud aku remove kat sini bukannya remove betul-betul, tapi pindah fail tu kat tempat macam My Documents ke. Kasi clear desktop tu. Kalau rasa nak buang segala shortcut icon kat Desktop tu pun boleh.

11.Remove gadget. Pada Windows 7 ada features yang dinamakan gadget. Gadget ni ada macam-macam, jam analog atau kalendar atau cpu meter dan lain-lain. Aku rasa tak semua orang suka guna gadget ni. Jadi, anda boleh pergi ke Search, taip perkataan gadget kemudian pilih View list of running gadget. 


12. Beli komputer baru! Tips terakhir ni tips paling berguna. Sebab kalau semua tips telah dilakukan, tapi komputer tak perform gak,kena beli komputer baru la beb. Apa gunanya anda install Windows 7 tapi tak guna semua features nya yang menarik. Baik guna Windows XP ke Windows 2000 ke. Ye tak?

Jumaat, November 26, 2010

Part 1: Cara nak speed up Windows 7


1.Hadkan startup program. Ini boleh dilakukan dengan menaip MSCONFIG di  ruangan search. Kemudian,klik program tersebut. Uncheck program yang boleh dianggap tak penting ketika startup macam update adobe ke,java update ke,yahoo messenger ke. Yang penting bukan antivirus mahupun program utility yang  bersangkut dengan OS. 

2.  Defragment hardisk. Dulu masa aku zaman mula-mula ada PC rajinlah aku buat. Tapi sekarang haram pun. Bila kita selalu menggunakan PC atau Laptop, tentunya ada kita delete-delete fail. Fail-fail ni mewujudkan ruang yang tidak sekata dalam hardisk. Jadi, bila kita defrag, ia akan menyusun fail-fail yang masih wujud tu dalam keadaan teratur dan rapat.

3. Stop Services. Services ni kita boleh cari kat ruangan Search seperti rajah di Tips 1 tadi ataupun di Control Panels->Administrative Tools. Cari Startup Type =Automatic, kemudian anda tentukan program mana yang services nya anda tak pakai dan tak penting. Pilih Manual atau Disabled.

4. Cari imej background desktop yang saiz kecil. Ini kerana kalau saiz imej background desktop bersaiz >2MB akan menyebabkan kelembaban computer anda. Memang kita suka kalau ada background fancy-fancy tapi load pun lambat tak guna gak.

5. Clean hardisk. Ini anda boleh guna software CCleaner atau build in Disk Cleanup. Tapi aku cadangkan CCleaner sebab ia free je. Ada aku cerita software ni pada post yang lepas.Masa anda run program CCleaner ni, anda akan dapati banyak ruang telah dibazirkan di Temporary Folder tanpa pengetahuan kita. 

6. Adjust visual effects. Ini boleh kita cari di ruang Search atau di Control Panel->Performance Information and Tools.  Pilih Adjust Visual Effects. Kemudian pilih Adjust for Best Performance.

Rabu, November 24, 2010

Digital Lifestyle Expo 2010-KLCC

Aku fikir hujung tahun ni takde PC Fair III 2010 lagi dah. Sebab Pikom akan adakan satu event baru yang dinamakan Digital Lifestyle Expo 2010 bertempat Kuala Lumpur Convensyen Centre sebelah KLCC. Ini kerana tarikhnya adalah 10-12 Disember 2010 ni yang mana kebiasaannya tarikh ni PC Fair III berlangsung di KL. Acaranya sama besar dengan PC Fair cuma lokasinya hanya bertempat di Kuala Lumpur, tidak di negeri-negeri lain. Layari www.pikom.org.my untuk maklumat lebih lanjut.

Selasa, November 23, 2010

Check update untuk website kegemaran

Aku terjumpa satu software untuk check update untuk website kegemaran anda. Dinamakan sebagai Website-Watcher, software keluaran Aignes ini memang sangat useful terutama nak check website update terkini website yang kita bookmark. Ia boleh check website update secara automatik. Jadi, anda boleh lihat senarai website yang update, tak perlulah buang masa klik satu persatu. Jenis website lain yang boleh dicheck oleh software ni ialah forum,password-protected page,rss-feed page,pdf-word-excel,binary mahupun local file system. Software ni berlesen dan kena keluar sedikit fulus. Tapi boleh cuba trial 30 hari.

Isnin, November 22, 2010

Website untuk memendekkan URL


URL tu secara mudahnya bermaksud alamat internet macam www.google.com atau www.yahoo.com. Post kali ni nak cerita bahawa terdapat beberapa website yang boleh memendekkan URL. Mereka yang suka memendekkan URL ni ada beberapa tujuan, yang biasa aku tengok mereka yang memendekkan URL ni adalah internet marketer yang ada affiliate dengan website tertentu atau produk website tertentu. 

Untuk mengelakkan ‘kecurian id’ affiliate, jadi mereka tweak URL diorang. Satu lagi tujuan ialah untuk memendekkan URL terutamanya kalau penulis ebook, e-magazine ingin memaparkan URL yang agak panjang,jadi mereka pendekkan lah. 

Antara website yang boleh dilawati ialah
  • ·         Bit.ly
  • ·         Tinyurl.com
  • ·         Snipurl.com

Ahad, November 21, 2010

Tentukan masa anda melayari website

Banyak orang tak tahu berapa lama dia melayari website dan kadang-kadang membuang masa begitu banyak. Kalau pergi cyber café lagi la pulak, kita perlu control masa supaya tak bazir masa dan wang. Apa kata aku cadangkan website ni minutesplease.com. 

Katakan anda ni hardcore fan facebook, menghabiskan masa berjam-jam. So,masukkan address facebook dan set kan masa ;sebagai contoh 10 minit je. Seminit sebelum masa tamat, pop up reminder akan keluar dan selepas itu tab browser facebook anda yang  tutup serta merta. Website ni menjadikan kita lebih berdisplin ketika berinternet.

Sabtu, November 20, 2010

Website minggu ini-Online Photo editor

Post yang lalu, aku telah memperkenalkan online application yang berkaitan kegunaan harian seperti Office Suites tapi hari ni aku nak perkenalkan kepada korang online application gak, tapi versi Photoshop. Boleh layari http://pixlr.com.

Yang menariknya, fungsinya asas tidak banyak bezanya dengan Photoshop dan loading application agak pantas (bagi pengguna broadband la).

Mungkin pengguna Photoshop yang mahir tahu kekurangan pixlr.com ni, tapi bagi pengguna yang malas nak beli lesen perisian Photoshop terutamanya syarikat yang nak jimatkan kos atau pengguna yang suka jimat space hardisk, inilah alternatifnya!

Khamis, November 18, 2010

Laman web tutorial dan majalah percuma di PhotographyBB


Jika anda suka berjimat daripada membeli majalah fotografi di kedai tapi nak jugak belajar teknik merakam gambar, aku suka perkenalkan satu laman web yang ‘absolutely free’ majalah dia, hanya perlu langgan dengan masukkan email saje. 

Anda boleh layari www.photographyBB.com. Di samping tu anda membaca majalah, anda boleh jugak baca tips-tips kat blog dia dan kalau anda suka berbuat kebajikan, bolehlah derma untuk website diorang untuk kelangsungan website tu. 

Walaupun free, aku fikir anda mesti rasa tak cukup dengan tutorial yang ada dalam website ni. Sebab ilmu itu luas. Aku dulu rajin baca majalah dia, tapi aku stop sekejap untuk memberi tumpuan pada perkara lain.

Rabu, November 17, 2010

Workshop: Bagaimana nak tahu pemilik domain sebenar?


Step 1
Taipkan www.domaintools.com pada address bar anda. 


Step 2
Kemudian taipkan laman web yang anda ingin tahu. Sebagai contoh di sini, saya taipkan www.maybank2u.com.my pada textbox Whois Lookup:. Klik butang Search.

Step 3
Di sinilah anda dapat melihat info domain tersebut samada domain tersebut didaftar di bawah nama syarikat atau individu. Ele, senang je kan?

Selasa, November 16, 2010

Workshop: Menukar theme Firefox


Firefox merupakan browser Internet yang kedua popular selepas Internet Explorer. Bermacam-macam features yang diperkenalkan bagi setiap versi. Kali ni, aku akan tunjukkan macam mana nak tukar theme atau tema Firefox supaya ia kelihatan seperti browser Mac OS X.
Step 1
Taipkan https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/themes/ pada address ni atau boleh klik pada link. Anda akan lihat page seperti di bawah.


Isnin, November 15, 2010

3 blogging tool di alam maya


Kalau nak diikutkan, memang banyak blogging tool di alam maya sana. Yang paling popular setakat ni, Blogger. Memang tak dinafikanlah. Orang Malaysia terutamanya ni memang terkehadapan dalam bab teknologi internet ni. Daripada frienster ke facebook, blog,photo sharing,internet marketing menjadikan rakyat Malaysia paling menonjol dalam bab internet ni. Syabas!

Tapi hari ni aku nak kongsi tiga blogging tool yang anda boleh upload sendiri,host sendiri menggunakan server sendiri,domain sendiri tanpa limit. Yang perlu tahu hanya pengetahuan sikit-sikit dalam php,settings,database bagi setiap perisian yang akan kita citer selepas ini.


Memang tidak diperlu diperkenalkan lagi Wordpress ni kerana rata-rata blogger menggunakannya dan sesetengah server mesra Wordpress. Terdapat dua jenis wordpress di internet. Wordpress.com adalah blog yang dah siap hostkan untuk kita, apa yang kita perlu hanya daftar sebagai pengguna Wordpress. Prinsipnya sama macam Blogger atau dulu dikenali sebagai blogspot. 

Satu lagi ialah Wordpress.org. Yang ni, kita kena muat turun perisiannya secara percuma! Ia adalah Content Management System (CMS) dan kita boleh host blog kita menggunakan server kita sendiri atau sewa server orang. Biasanya hanya  blogger yang serius saja menggunakan wordpress ini sebab fleksibel dan boleh customize sendiri. Terdapat beratus-ratus plug-in dan theme yang menyokong Wordpress ni kerana komunitinya agak kuat. Mudah diinstall, hanya klik next-next-next saja!     
  

ExpressionEngine ni digunakan oleh korporat atau orang yang buat duit ribu-ribu dengan blog. Sebab ExpressionEngine ni kena bayar. Jadi, kalau nak blog anda dah maju, dah boleh buat duit,kira ok la nak guna ExpressionEngine. Jadi tidak hairanlah syarikat yang besar-besar je yang memakainya macam Disney, BBC, IGN dan Nokia. Juga mempunyai komuniti yang menyokong perisian ini.  


Textpattern ni boleh dikatakan open source jugak macam Wordpress. Bagi pengguna nakkan kelainan, boleh juga menggunakan perisian ini. Kini versinya juga sudah lebih advance dari Wordpress. Ia juga boleh dikatakan alternatif kepada Wordpress. Kalau kita buat perbandingan antara Wordpress dan Textpattern, tak nampak perbezaan dari segi rekabentuk blog, mungkin beza dari segi features dan sokongan komuniti sahaja.

Ahad, November 14, 2010

Website pilihan minggu ini- www.makeuseof.com

Blog ni sangat menarik kerana bermacam topik ada di dalam website ini terutama berkenaan dengan internet dan tips komputer. Blog ini memang berinformasi. Post blog ini dihasilkan oleh beberapa orang, maksudnya bukan blogger perseorangan macam aku ni. Jadi, anda boleh lihat blog ini setiap hari ada post, dah macam online news. Dari segi rekabentuk web memang simple dan mesra pembaca. Tidak hairan website ini sangat diminati ramai kerana sudah lebih 300k orang sudah melanggannya! 

Sabtu, November 13, 2010

Social Bookmark –bookmark buku secara online sambil bersosial


Kita tak selalunya berada di komputer sendiri. Selalunya kat ofis atau kadang-kadang pinjam komputer bini, abang, kakak, housemates ataupun kita pergi cc ataupun kita sendiri ada dua tiga buah computer di rumah. Itu memang otai la kalau sampai dua tiga buah computer kat rumah.

Kalau begitu situasinya, eloklah anda guna online bookmark sebab komputer sesiapa saja yang anda guna, bookmark anda tetap ada di situ. Tak perlulah nak backup-restore bookmark kerjanya. Lagipun, sambil bookmark anda boleh bersosial-network. Berikut adalah website social bookmarking.


Rabu, November 10, 2010

Kedudukan Sistem Operasi (OS) di dunia

Mengikut WebUser, Windows XP paling ramai digunakan di komputer di seluruh dunia berbanding sistem operasi yang lain. Windows 7 yang boleh dikatakan baru diperkenalkan pun sudah mencapai 11.39 %, nombor 3 berbanding Mac OS X 5.36%.